search
Log In
19 votes
67 views
in Stakeholders Management 620 points 4 4 10

2 Answers

7 votes

Secara ringkasnya, pelan bisnes merupakan instrumen strategik yg digunakan oleh pihak pengurusan bagi mengukur tahap pencapaian visi/misi/objektif sesebuah organisasi yg telah ditetapkan termasuk matlamat jangka pendek/panjang melalui penyediaan pelan strategik/tindakan.

Dalam konteks JKR, Pelan Strategik Jabatan 2016 - 2020 (terkini) menggariskan hala tuju, bidang fokus dan pelan tindakan bagi melaksanakan agenda pemodenan dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan. Pelan Strategik JKR mengandungi lima tema strategik iaitu Kecemerlangan Penyampaian Projek, Pengalaman Ko-Kreatif Bersama Pelanggan, Pusat Kecemerlangan Teknikal, Memacu Kelestarian dan Organisasi Inovatif.

Info lanjut: http://jpedia.jkr.gov.my/images/f/fa/Pelan_Strategik_JKR_2016-2020.pdf

39,540 points 30 76 149
3 votes
saya setuju dengan tuan Khairil Hizar. Secara ringkas mengikut pandangan saya, Pelan Bisnes adalah penting kerana sesuatu organisasi perlu mempunyai suatu perancangan atau pelan bagi mencapai objektifnya. Pelan Bisnes ini sendiri menjadi satu panduan, perancangan, pelan dan pengukuran kejayaan. Jika ada pelan tidak dapat dicapai maka organisasi adalah gagal dan perlu penambahbaik atau mengatur pelan baru bagi memastikan pengurusan sentiasa berada ditahap yang ditetapkan dan mencapai objektif organisasi.

secara ringkas:

"Pelan Bisnes adalah pengurusan. Tanpa Pelan Bisnes tiadalah pengurusan."

sebagai contoh, Pelan bisnes menerapkan tema mengikut objektif organisasi dan disitu terdapatnya pelan tindakan dan pelan operasi kita. disini kita perlu merangka bagaimana untuk mencapai objektif tersebut secara tidak langsung kita akan membentuk atau menguatkan bahagian pengurusan darisegi keperluan kakitangan, kewangan, skop kerja, keperluan peralatan dan lain-lain yang berkaitan. Dengan wujudnya Pelan Bisnes barulah sesuatu organisasi dapat diuruskan dengan baik.

Bagi kepentingan secara spesifik pula terhadap "Pengurusan JKR", ianya adalah sama seperti keterangan diatas kerana dari sini JKR dapat fokus pada objektif utama (5 tema), dapat merangka pelan tindakan dan operasi yang perlu termasuk memastikan iainya dicapai.
1,560 points 5 9 18
...