search
Log In
17 votes
77 views
Sekiranya doktor yang merawat seseorang pesakit memberi cuti sakit/MC melebihi tempoh yang dibenarkan dalam perkhidmatan, apa yang harus dilakukan oleh pegawai tersebut?
in Human Resource Management 7,990 points 40 48 66
edited by

2 Answers

3 votes
 
Best answer
Boleh mohon kepada Cuti Sakit Lanjutan

Kelayakan:
a) Telah menghabiskan kesemua cuti sakit selama 180 hari yang diluluskan oleh Ketua Jabatan dan Kuasa Tertentu.
b) Telah menghabiskan kesemua cuti rehat yang terkumpul dan yang layak, dan
c) Diperakukan oleh Lembaga Perubatan sebagai tidak sihat untuk bertugas tetapi ada harapan untuk sihat semula dan memerlukan masa berehat.
Tempoh: Tidak melebihi 90 hari (Perintah Am 22 (a) Bab C 1974).

Semasa dalam bercuti sakit lanjutan ia layak dibayar separuh gaji. Sijil sakit boleh diterima untuk membayar separuh gaji sementara menunggu keputusan Lembaga Perubatan. Tanpa sijil sakit, tidak boleh dibayar gaji.
6,980 points 2 17 54
selected by
1 vote
Dear Mr Tan,

Dalam situasi tuan, tuan boleh mohon untuk mengguna pakai "cuti barah" walaupun sakit yang tuan hadapi adalah bukan sakit Barah....tapi rawatan yang diterima dan impak dari sakit tersebut sangat similar dengan sakit barah..

Cuti "sakit barah" adalah selama 2 tahun "sepanjang perkhidmatan"...

Saya juga dahulu mendapat cuti sakit dari hospital selama 7 bulan di bawah terma "sakit barah" kerana mendapat rawatan sama seperti pesakit barah dan impak nye sama..walaupun sakit itu tidak dikategorikan sebagai barah.

cuti sakit barah adalah cuti yang diberi oleh doktor dari hospital kerajaan dan "bergaji penuh"..

tak perlu menghabiskan cuti rehat..akan tetapi..tuan perlu mendapatkan surat pengesahan dari pihak hospital dan kelulusan KSU untuk meluluskan cuti sakit barah tuan.

Semoga sakit tuan diringkan..
570 points 1 3 6
...