search
Log In
16 votes
86 views
in Contract Management 360 points 1 3 6

2 Answers

6 votes
1. Lapor prestasi  - e-perunidng

2. Seterusnya ikut CSA, jika tidak jelas rujuk PUU

3. Walau bagaimanapun pendekatan dengan bawa berbincang  lebih awal (intervention) dan selesai secara berhemah  terlebih dahulu lebih baik dengan mengambilkira prinsip keadilan dan profesional. Pengalaman saya cara begini lebih berkesan dan menyelesaikan dan perunding boleh baiki kelemahan
3,340 points 3 14 46
0
setuju dengan tuan. namun bagi tujuan melapor prestasi perunding ini ada baiknya mengikut tertib sebagaimana pekeliling PK berkaitan kerana implikasi yang sangat besar kepada pihak-pihak berkontrak. Penguatkuasaan klausa-klausa sebagaimana CSA harus diamalkan dengan berhemah dan cekap serta tepat oleh Government Representative (G.R). Antara perkara-perkara yang perlu GR ambil berat adalah seperti work program, deliverable date dan kenaan denda. Tidak lupa juga, Dispute Resolution Comitte (DRC) yang perlu dilaksanakan sekiranya ada pertikaian dalam kontrak perunding dan ianya jugak adalah salah satu tertib sebelum diangkat ke Jawatankuasa CCP Jabatan. saya juga sangat bersetuju langkah intervensi melalui perbincangan terlebih dahulu supaya perlaksanaan kontrak dapat dilaksanakan dengan harmoni.
3 votes
Tatacara pengurusan perunding atau pun tindakan pemungkaran tanggungjawab perunding haruslah berpandukan kepada keperluan kontrak atau pun CSA. Klausa 5.0 di dalam Borang Form CSA2014 (Ammendemnt 2018) mengariskan tanggungjawab yang harus dilaksana oleh perunding.  

Hanya selepas tindakan secara kontrak dibuat, ianya harus dilaporkan kepada Kementerian Kewangan untuk tindakan selanjutnya. Klausa 21.1.4 di dalam PK 3.2 ada dinyatakan dengan jelas.

Secara professional, kemungkaran perunding yang melibatkan sikap tidak professional perlu dibuat aduan kepada pihak Lembaga Jurutera Malaysia utk tindakan seterusnya.

Walaubagaimana pun, sebagai langkah pertama, adalah wajar pihak tuan/puan mengadakan perbincangan serta mengeluarkan surat-surat teguran, amaran dan sebagainya bagi membina sesuatu kes, sekiranya penyelesaian tidak dapat dicapai.
45,490 points 22 91 219
...