search
Log In
27 votes
304 views
in Stakeholders Management 350 points

3 Answers

11 votes
 
Best answer

Pada pandangan saya, cadangan pengkorporatan JKR perlu dikaji lagi dengan lebih mendalam.

Jika cadangan ini dipersetujui, seolah-olah JKR masakini membebankan kerajaan dan ia tidak munasabah. JKR masih mempunyai tanggungjawab melaksanakan projek kerajaan melalui AP182.

JKR adalah agensi kerajaan antara tertua di Malaysia iaitu 147 tahun dan mempunyai sejarah yang tersendiri selain polis.

JKR merupakan agensi teknikal unggul di Malaysia.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana Tuan Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Dan Tanah mempengerusikan Majlis Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD) tanpa ahli mesyuarat iaitu Jurutera Daerah JKR sebagai Penasihat Teknikal Utama kepada Tuan Pegawai Daerah (DO) jika cadangan menswastakan JKR menjadi kenyataan.

Saya terkenang usaha JKR mengwujudkan semula institusi latihan JKR baru yang diberi nama CREaTE dan sebelum ini JKR mempunyai IKRAM tetapi IKRAM telah diswastakan.

Bagi pandangan saya, mesyuarat cadangan ini perlu dijalankan secara mesyuarat terperingkat (sulit) bagi mengelak sebarang halangan dari pihak luar yang menganggu kajian ini dan demi menjaga kepentingan kerajaan amnya.

Saya mencadangkan jika boleh melibatkan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) JKR dalam mencari idea bernas, langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan keputusan yang bakal diputuskan nanti benar-benar tepat dan menguntungkan kerajaan selain pembangunan negara dapat diteruskan ke arah wawasan negara maju.

Antara perkara yang boleh menjana hasil kerajaan:

1) Pembangunan Tepi Jalan (Permit Pemotongan Jalan untuk Utiliti melalui yuran tertentu

2) Permohonan Papan Tanda Iklan Komersial melalui yuran tertentu

3) Permohonan Sewaan Peralatan Majlis melalui yuran tertentu

4) Penguatkuasaan Akta Jalan dengan denda

5) Penjualan Dokumen Sebutharga

6) Permohonan Khidmat Nasihat Teknikal melalui yuran tertentu

7) Permohonan Anggaran kos Projek melalui yuran tertentu

8) Mengenakan denda kepada individu merosakan dan mencuri perabot jalan.

Sebelum ke arah pengkorporatan JKR, kerajaan perlu meneliti semula peranan CIDB dan peranan JPS.

Jika kaedah mengabungkan JPS dan CIDB ke dalam JKR lebih menguntungkan Kerajaan, maka ia wajar disegerakan.

Sebarang cadangan yang boleh menyokong kepada 3 perkara asas ini, Mengurangkan jumlah penjawat awam, Dapat mengwujudkan suatu hasil baru kepada kerajaan dan Dapat Mengurangkan kebergantungan peruntukan kerajaan dalam menguruskan operasi jabatan seharusnya disokong sepenuhnya.

13,740 points
edited by
3 votes
Pengkorpratan sebahagian
4,830 points
2 votes

Perkara pengkorporatan ini telah dijawab dengan panjang lebar oleh TKP Pakar pada sessi Majlis Amanat Ketua Pengarah Kerja Raya yang baru semalam. Di dalam kajian pengkorporatan ini langsung tidak disebut langsung berkenaan pengswastaan. Kajian ini masih berlangsung dan kita tidak seharusnya jump the gun.

35,990 points
...