search
Log In
13 votes
43 views
Apakah syarat2 perlaksanaan Building Condition Assessment (BCA) kpd sesebuah bangunan?
in Assets & Facilities Management 270 points 1 1 2

2 Answers

2 votes
 
Best answer
Untuk jawap soalan ini agak panjang sebenarnya dan saya perlukan lebih perincian dari puan,  apa yang puan maksudkan dengan syarat-syarat pelaksanan BCA? namun saya cuba jawab secara ringkas mengikut pemahaman saya dan maaf jika ada tersilap.

1) Jika puan maksudkan apa keperluan semasa melakukan BCA. Antaranya adalah Pemeriksa perlulah mempunyai kompetensi di dalam kejuruteraan, mengutamakan keselamatan, mempunyai alat dan kelengkapan yang sesuai seperti pita ukur, safety jaket,lampu suluh, kamera, borang semak dan lain-lain lagi.

2) Jika puan maksudkan keperluan sesuatu bangunan untuk melakukan BCA , ianya bergantung kepada tujuan dan mengikut fasa sesuatu aset. Sebagai contoh fasa penyenggaraan maka dokumen BCA ini digunakan untuk membantu operasi dan senggara yang mana memudahkan pihak senggara merancang dan melakukan kerja pembaikan, tidak kira dari segi jangka pendek dan panjang bagi memastikan bangunan atau komponennya berada pada tahap yang baik dan berfungsi serta bagi menjamin jangka hayat sesuatu komponen bangunan. contoh lainnya fasa penerimaan aset ianya digunakan sebagai pendaftaran aset serta boleh juga menjadi senarai kecacatan yang perlu dibaiki oleh kontraktor (Pada proses DLP), atau bagi bangunan tukar milik (juga dalam fasa penerimaan) boleh membantu dari segi pemohonan perbelanjaan.

3) Jika puan maksudkan proses pelaksanaan BCA terhadap bangunan pula ianya bermula dari tujuan melakukan BCA diikuti dengan pelantikan pasukan pemeriksaan kemudian kajian awal dan sediakan peralatan yang perlu. Proses seterusnya pula terpecah kepada 2 bergantung kepada skop pemeriksaan. Namun basic prosesnya sama iaitu membuat pemeriksaan awalan keadaaan/pemeriksaan forensik diikuti dengan penyediaan laporan dan mengemukukan laporan tersebut untuk semakan dan kelulusan.

untuk lebih detail puan boleh rujuk garis panduan pemeriksaan dan penilaian keadaan bangunan sediaada JKR 21602 - 0004 - 13
1,560 points 5 9 18
selected by
1 vote
38,810 points 30 74 143
...