search
Log In
22 votes
61 views

Sejauhmanakah kajian terhadap penggunaan teknologi Cuplump Modified Asphalt yang dimainkan oleh pihak pembekal pavement dan apakah peranan yang dimainkan oleh pihak JKR?

Adakah turapan jalan yang menggunakan teknologi ini akan mempunyai ketahanlasakan yang lebih tinggi berbanding dengan turapan biasa dan mampukah ia menjanakan penjimatan kos pembinaan?

Apakah jenis kajian dan pemantauan yang telah dilaksanakan terhadap jalan yang telah menggunakan teknologi tersebut?

in Pavement 41,870 points 103 172 285

1 Answer

6 votes
 
Best answer

Turapan Cup Lump Modified Asphalt (CMA) telah dibina bagi dijalankan kajian dan dibuat perbandingan dengan turapan menggunakan bahan asphalt konvensional yang diturap bersebelahan dengannya di empat lokasi seperti berikut:

 

  1. Jalan Persekutuan Laluan 10, Daerah Tampin, Negeri Sembilan (dibina pada Disember 2015).
  2. Jalan Persekutuan Laluan 4, Daerah Baling, Kedah (November 2016).
  3. Jalan Persekutuan Laluan 2, Daerah Temerloh, Pahang (November 2016).
  4. Jalan Persekutuan Laluan 209, Daerah Kota Bharu, Kelantan (Oktober 2017).

 

Pemantauan ke atas tapak kajian tersebut dilaksanakan oleh Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) selaku Ketua Penyelidik bagi program kajian usahasama di antara Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Getah Malaysia ini. Antara lain, parameter yang dipantau secara berkala ialah pembentukan keretakan (cracks) dan aluran (ruts) di laluan roda (wheelpaths) pada permukaan turapan jalan.   

 

Pemantauan setakat ini menunjukkan daya tahan turapan CMA tidak lebih tinggi berbanding turapan konvensional. Hakikatnya, turapan CMA itu telah mula retak selepas 38 bulan di tapak kajian di Tampin, selepas 26 bulan di tapak kajian di Temerloh dan Baling, dan selepas 15 bulan di tapak kajian di Kota Bharu. Aluran juga telah terbentuk, namun begitu purata kedalaman aluran (rut depth) pada turapan CMA dan turapan konvensional di semua tapak kajian adalah masih kecil.

14,930 points 4 28 72
selected by
0

Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat, Ir Hizam yes 

0
Terima kasih tuan atas maklumat ini. Adakah selepas ini JKR dan LGM, akan membuat kajian lebih mendalam bagi meningkatkan lagi ketahanan CMA ini?
0

Hasrat kajian dilaksanakan ke atas penggunaan getah asli dalam bentuk cup lump di dalam bahan turapan jalan ialah untuk meningkatkan sosio-ekonomi pekebun kecil ekoran harga komoditi negara itu yang merudum. Pemantauan ke atas kesemua tapak kajian menunjukkan tiada perbezaan prestasi turapan CMA berbanding turapan biasa. Hakikatnya, turapan CMA itu telah retak (crack) di semua tapak kajian - selepas 26 bulan di tapak kajian di Temerloh dan di Baling, selepas 15 bulan di tapak kajian di Kota Bharu, dan selepas 38 bulan di tapak kajian di Tampin. Malah, beberapa pothole kecil telah mula terbentuk di tapak kajian di Baling. Aluran di laluan roda yang terbentuk di kesemua tapak kajian juga tidak menunjukkan bahawa turapan CMA lebih baik daripada turapan konvensional. Oleh itu, dakwaan bahawa turapan CMA dapat mengurangkan penyenggaraan terhadap kerosakan jalan dalam jangka masa panjang, mampu menanggung beban 40% lebih berat dari turapan biasa dan bertahan sehhingga 10 tahun adalah tidak tepat.

 

Turapan CMA di jalan-jalan kampung yang banyak dibuat oleh LGM (tidak melibatkan JKR) dikatakan masih dalam keadaan baik. Namun, tiada perbandingan dibuat dengan turapan biasa. Hakikatnya, turapan biasa adalah memadai bagi jalan seperti itu. Turapan gred premium dengan campuran getah, polymer dan sebagainya seharusnya digunakan di laluan dengan beban trafik yang tinggi seperti jalan di kawasan pelabuhan dan perindustrian.

 

Bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil, penggunaan cup lump di dalam penurapan jalan tidak banyak membantu oleh kerana kuantiti yang digunakan adalah sangat sedikit iaitu kira-kira 0.15% sahaja dan tidak terbukti berkesan dalam meningkatkan daya tahan turapan jalan. Sebaliknya penggunaan getah seperti dalam bentuk crepe rubber dalam industri pembuatan tayar adalah lebih banyak dan kebaikannya tidak perlu dipertikaikan lagi.

 

Walau apapun, CREaTe telah menyediakan spesifikasi bagi Natural Rubber Modified Asphalt melibatkan additive getah asli dalam bentuk latex dan cup lump (meskipun cup lump tidak terbukti berkesan setakat ini) bagi rujukan dalam penggunaan getah asli di dalam turapan jalan. Kajian lepas menunjukkan ‘among the various forms of rubber, latex is the most effective additive to asphalt’ (Mullins, L. The Natural Rubber Producers’ Research Association, England, 1971).

 

Bahan pengikat atau binder bagi turapan getah boleh disediakan melalui dua cara iaitu ‘field blending’ (disediakan di kuari) atau ‘terminal blending’ (disediakan di luar dan dihantar ke kuari dengan lori pengangkut). Namun, jika terminal terletak jauh dari kuari, getah itu akan terdedah pada suhu tinggi bagi tempoh masa yang lama sebelum digunakan bagi menghasilkan asphalt. Itu tidak termasuk kemungkinan bahan itu akan tersimpan lama di kuari jika cuaca buruk, kuari atau jentera penurapan rosak yang menghalang kerja penurapan dilaksanakan. Kajian lepas menunjukkan 'long chain of isoprene units which forms the natural rubber molecule can be broken into several smaller ones by heating - the rubber is said to be degraded (Thompson, P.D. The Natural Rubber Produces' Research Association, England, 1960). Berkaitan hal ini, rujuk jadual yang memaparkan 'storage temperature' dan 'allowable storage time' dalam Road Note 36 (Road Research Laboratory, Specification For The Manufacture And Use Of Rubberised Bituminous Road Materials And Binders, United Kingdom, 1968). 

Semua fakta ini perlu diambil kira jika kajian lebih mendalam ingin dijalankan di masa akan datang. 

...