search
Log In
6 votes
25 views
in Mechanical 320 points 1 5

1 Answer

1 vote
Selamat pagi,

Berdasarkan soalan ini, amat sukar untuk memastikan bekalan udara yang betul untuk lebih dari sebuah bilik dengan menggunakan VAV box yang sama. Ini kerana setiap bilik harus ada thermostat untuk memantau suhu bilik dan memberi maklumat kepada VAV box untuk  membekal udara sejuk pada kadar bersesuaian. Walaupun setiap bilik mempunyai thermostat yan akan disambung terus ke VAV box, VAV box itu sendiri harus mempunyai bilangan damper yang sama dengan bilangan bilik yang dibekalkan udara tersebut. Ini menambah kompleksiti kepada operasi dan meningkatkan risiko VAV box mudah rosak.

Reka bentuk yang lebih praktikal adalah satu VAV box untuk satu bilik (lebih daripada satu VAV box boleh direka bentuk bersama satu unit kendalian udara (AHU) yang mempunyai kipas berkelajuan malar [constant speed fan]); setiap VAV box terminal mempunyai bypass damper sendiri.

Diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu menjawab soalan.
4,160 points 2 10 28
...