search
Log In
5 votes
57 views
Bagi kakitangan yang ditauliahkan oleh CIDB sebagai BIM Manager, apakah laluan kerjaya dan faedah yang boleh diperolehi?
in BIM 200 points 1 2 4

1 Answer

3 votes
 
Best answer

JKR sedang dalam membangunkan Pensijilan BIM JKR iaitu bagi:

  1. Pensijilan BIM JKR - BIM Modeler (Tahap 1, 2 & 3) - Permohonan pensijilan boleh dipohon melalui laman web CREaTE
  2. Pensijilan BIM JKR - BIM Coordinator (Tahap 1, 2 & 3) - Permohonan pensijilan boleh dipohon melalui laman web CREaTE
  3. Pensijilan BIM JKR - BIM Manager (Tahap 1, 2 & 3) - Sedang dalam pembangunan modul khusus dengan usaha sama pihak CREaTE.

Program BIM Manager melalui CIDB merupakan salah satu cara pihak JKR dalam meningkatkan kompetensi pegawai JKR dalam usaha meramaikan lagi pegawai yang celik dalam pengurusan pelaksanaan BIM dalam projek masing-masing. Buat masa ini, bagi mereka yang telah ditauliahkan sebagai BIM Manager melalui CIDB, Unit BIM dalam usaha memohon pegawai yang terlibat untuk mendapat Pensijilan BIM JKR (BIM Manager) - Tahap 1.

Wallahu'alam...

17,700 points 15 45 120
selected by
1

Terima kasih Tn @FaizS atas perkongsian mengenai program Pensijilan BIM JKR yes

...