search
Log In
16 votes
100 views
Dalam projek Reka dan Bina, terdapat Independence Checker (ICE) yang tidak menjalankan peranan sbg 'checker' dengan baik. Sehinggakan selaku HODT, kita juga perlu menyemak dan memberi ulasan kepada ICE tersebut (CHECK THE CHECKER). Mohon pandangan.
in Structure 870 points 6 9 16
recategorized by

3 Answers

5 votes

Sekadar memberi pandangan.....

Sebelum kita berbincang perihal tanggungjawab ICE, harus memahami kandungan kontrak lantikan tersebut demi memastikan perkara-perkara berikut terkandung dalam kehendak kontrak:-

  • Apakah paras kelayakan akademi yang harus dimiliki oleh pihak ICE?
  • Tempoh pengalaman minima yang harus dicapai?
  • KIta harus teliti bahawa adakah kandungan kontrak itu telah dengan jelasnya menyatakan peranan dan tanggungjawab pihak ICE.
  • Apakah peranan yang harus dimainkan oleh pihak ICE?
  • Adakan standard checklist tugasan dan tanggungan disediakan sebagai senarai semakan?
  • Apakah penalty yang boleh dikenakan terhadap pihak ICE andai gagal melaksanakan tugas-tugas tersebut.

Akhir kata, andai kandungan kontrak perihal tanggungjawab pihak ICE adalah jelas maka sudah pasti pihak HODT tidak perlu memainkan peranan mereka lagi. Pihak HODT hanya perlu memastikan pihak ICE itu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan merujukkan kepada kandungan kontrak dengan perincian yang teliti.

41,860 points 103 172 285
0

Terima kasih atas perkongsian Tn TanCK yes

0
Apa peranan HODT pula dalam kes begini?
0
Lebih pada lantikan ICE disamping memainkan peranan sebagai HODT diperingkat awal lagi perihal isu-isu rekabentuk. Susulan kepada lantikan ICE itu, meraka perlulah memastikan bahawa tanggungjawab pihak ICE itu dilaksanakan ikut kehendak dan pejanjian kontrak.
3 votes
Jangan lulus laporan ICE tersebut dan minta dimajukan semula. Buat apa nk laksana tugasan yang bukan skop kerja JKR
44,330 points 22 85 209
3 votes
Berdasarkan kepada cara kerja yg di amalkan oleh HODT Sivil, bila mana laporan yang dikemukakan oleh ICE bersekali dengan lukisan adalah tidak memuaskan. HODT Sivil tidak akan mengeluarkan surat tiada halangan ke atas lukisan tersebut untuk dijadikan sebagai lukisan pembinaan.
1,490 points 3 9 21
0
Amalan yang baik
...