search
Log In
18 votes
35 views
Bagaimana caranya sekiranya aset-aset di pejabat rosak dan perlukan gantian yang baru?
in Assets & Facilities Management 290 points

2 Answers

6 votes
Tuan perlu mengisi borang KEW.PA-10 dan dihantar kepada unit aset cawangan tuan untuk tindakan selanjutnya.
380 points
0
Terima kasih tuan atas penjelasan.
3 votes
Pegawai perlu memaklumkan kepada Pegawai Aset sekiranya terdapat aset yang telah rosak, usang, tidak boleh digunakan dan tidak diperlukan lagi untuk tujuan pelupusan.

Perakuan pelupusan bagi aset yang perlu dilupuskan perlu dibuat menggunakan KEW.PA-16 bagi aset mekanikal, teknikal, elektrikal dan elektronik yang nilai perolehan asalnya lebih daripada RM5,000.00 dan untuk aset perkakasan komputer, perakuan pelupusan diperlukan untuk aset yang bernilai lebih daripada RM1,000.00. Perakuan hendaklah dikeluarkan oleh Pegawai yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan.

Bagi kategori aset yang nilainya kurang daripada nilai tersebut, ianya hendaklah diperiksa oleh Lembaga Pemeriksa yang telah dilantik oleh Pegawai Pengawal untuk dilupuskan.
Semua aset yang dicadangkan untuk pelupusan perlu disenaraikan dalam KEW.PA-17 dan dikemukakan kepada Kuasa Melulus selepas Lembaga Pemeriksa Pelupusan membuat pemeriksaan ke atas aset dan melengkapkan maklumat di KEW.PA tersebut.
6,310 points
...