search
Log In
19 votes
64 views
Bagaimana caranya bagi meningkatkan kesedaran mengenai penjimatan tenaga di kalangan staf JKR?
in Green 280 points 1 1 3

3 Answers

5 votes
 
Best answer
Komitmen daripada semua staf JKR, terutama sekali pengurusan atasanJabatan atau Cawangan adalah sangat penting. Di peringkat Negeri dan Daerah,Pengarah JKR Negeri/Jurutera Daerah boleh mewujudkan sistem pengurusan tenaga untuk memantau penggunaan tenaga dengan lebih sistematik.

JKR Negeri/Cawangan/Daerah juga boleh melantik wakil-wakil tingkat/blok untuk memantau penggunaan tanaga di bangunan masing-masing, di mana mereka boleh mengadakan program kesedaran penggunaan tenaga di kalangan staf. Disamping itu, penetapan sasaran penjimatan boleh dibuat berdasarkan kemampuan pejabat; contohnya, JKR Daerah X membuat sasaran penjimatan tenaga elektrik sebanyak 10% untuk tahun 2019 berbanding tenaga yang digunakan pada tahun 2018.

Langkah penjimatan boleh dikenalpasti melalui pemantauan bil elektrik secara bulanan, seperti menutup komputer selepas waktu pejabat, atau menutup lampu bilik yang tidak digunakan. Langkah-langkah ini boleh diwar-warkan melalui sistem siaraya (PA system) atau melalui media sosial.

Penjimatan tenaga yang tercapai boleh juga dilaporkan dalam mesyuarat pengurusan, serta dipanjangkan kepada seluruh staf yang menghuni bangunan tersebut sebagai motivasi untuk terus melaksanakan penjimatan tenaga, kerana amat penting untuk setiap staf merasakan sumbangan masing-masing kepada penjimatan tenaga dan penjimatan kos bil elektrik adalah amat bermakna.

Buat masa ini, JKR mempunyaiJKR Energy Online System (JENOSYS) yang boleh diakses melalui laman sesawang JKR dan menggunakan SSO. Sistem ini memantau penggunaan elektrik di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR Negeri melalui bil utiliti bulanan.
4,160 points 2 10 28
selected by
5 votes
Kesedaran mengenai penjimatan tenaga?..dalam x sedar...banyak pembaziran tenaga yang kita lakukan..antara cadangan yang mampu diberi:

1)Memberikan peringatan pada setiap waktu rehat, supaya tutup semua suiz. Kdg staf turun makan..lampu dan komputer masih trpasang... 1jam itu saja brapa banyak pembaziran tenaga yang berlaku

2)memberikan peringatan sebelum balik..sperti dlm 4.45ptg..umum kan supaya tutup lampu,printer dan segala suiz.

Stiap bangunan ada PA sistem untuk membuat pengumuan..sila gunakan..

3)tampalkan notis2 penjimatan tenaga di pintu keluar pejabat dan berdekatan jam punch card..supaya mengingatkan kepada staf yang terlupa
7,490 points 10 17 32
4 votes
reward kepada bahagian atau unit yang dapat membuat penjimatan sehingga 60%...

atau anjurkan pertandingan jimat tenaga dalam satu bangunan, mana yang lulus lawatan mengejut oleh pihak jawatakuasa jimat tenaga sebanyak 6/6 kali lawatan maka bahagian tersebut akan mendapat lebih peruntukkan dari bahagian lain.
48,890 points 9 18 55
0
Saya setuju dengan cadangan ini. Sayangnya, pihak Kementerian Kewangan tidak melihat begitu. Pada mereka, reward tidak dibenarkan. Peruntukan tambahan tidak akan ditambah dengan cara ini; sebaliknya Pegawai Pengawal akan guna budi bicara sendiri untuk identify mana-mana pembayaran lain perlu dibuat jika ada penjimatan.
...