search
Log In
13 votes
144 views
Apakah langkah-langkah pihak atasan bagi menangani masalah kakitangan sokongan yang berkhidmat di sesuatu tempat terlalu lama (berakar)?
in Human Resource Management 250 points 2 3 5
3
Isu mcm ni kat negeri dan daerah banyak berlaku. Patut rotation job perlu juga dilaksanakan. Kalau dah Berakar umbi tu momentum kerja semakin berkurang. Perlukan suasana baru...barulah semangat kerja
2
Saya amat tertarik dengan persoalan ini. Mohon mereka yang berkenaan membuat prncerahan bagi pertanyaan tersebut. Saya amat bersetuju agar penempatan kakitangan sokongan yang telah berakar dikaji semula penempatannya.

3 Answers

6 votes

Pada pandangan saya, tidak menjadi satu masalah sekiranya kakitangan sokongan berkhidmat melebihi 10 tahun ke atas di suatu tempat yang sama asalkan menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa membantu organisasi dalam mencapai sasaran piagam pelanggan jabatan.

Jika pegawai berkenaan memegang jawatan sensitif seperti melibatkan pengurusan kewangan jabatan dan perolehan kerajaan seharusnya dilaksanakan job rotation mengikut kehendak Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004.

Sekiranya pegawai "berakar" tersebut mempunyai masalah disiplin seharusnya Pihak Pengurusan mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai berkenaan dengan segera.

17,160 points 26 61 120
edited by
5 votes
sebenarnya tidak perlu langkah-langkah dari pihak atasan, individu atau kakitangan tersebut boleh memohon pertukaran dan berbincang dengan Ketua Jabatan masing-masing.

Menahan atau menghalang perpindahan seseorang individu atau kakitangan untuk memperbanyakkan kompetensi dirinya boleh mengakibatkan kemurungan, tekanan emosi dan penghasilan mutu kerja yang kurang.
48,890 points 9 18 55
5 votes
kakitangan sokongan yang ditempatkan di sesuatu tempat terlalu lama memang sering dijadikan isu especially kakitangan federal bagi mereka yang di JKR Daerah atau Negeri. Actually ada pros and cons kewujudan mereka ini. Bagi mereka yang memang komited ia semestinya satu kelebihan sebab mereka menjadi sumber rujukan kepada pegawai-pegawai baru. Tapi yang sering dibangkitkan adalah kakitangan yang bermasalah dan makan gaji buta. Pegawai seperti ini yang perlu diberi perhatian. Tak pelru pertukaran luaran, pertukaran internal pon sdikit sbnyak akan memberi kesan. Bila kita mohon mereka ditukarkan persoalannya jabatan lain belum tentu nak terima tambahan sekiranya mereka telah ketahui masalah kakitangan tersebut. Ini boleh dilihat di JKR Daerah terutama bagi kakitangan butiran negeri. JKR selalu menerima kakitangan yang bermasalah dan jabatan lain akan ambil yang komited dan bagus. Its reality.
790 points 5 15
...