search
Log In
5 votes
24 views
in Pavement 670 points 4 6 7

1 Answer

4 votes
 
Best answer
Selepas dikorek, struktur pavemen jalan itu hendaklah dibina semula sekurangnya-kurangnya sepertimana asal. Jika terdapat keraguan dalam menentukan struktur asal itu, tuan hendaklah tentukan struktur itu dan spesifikasi bahan yang seharusnya digunakan dan keputusan tuan itu dikira muktamad.

Bahan yang dikorek tidak boleh digunakan semula unuk menimbus korekan itu. Ia perlu dibuang dari tapak. Bahan subgrade juga tidak boleh digunakan. Hanya boleh guna bahan granular dengan gredan yang diluluskan (mematuhi SPJ bagi bahan sub-base dan roadbase). Mula menimbus dengan menggunakan bahan sub-base. Sebelum itu, permukaan korekan hendaklah diratakan dan dipadatkan - tiada bahan longgar, lekukan dan sebagainya. Bahan sub-base itu disyorkan dipadatkan lapisan demi lapisan, 100 mm tebal setiap lapisan. Begitu juga ke atas bahan roadbase selepas itu.

Bituminous prime coat, slow-setting cationic bitumen emulsion grade SS-1K hendaklah disembur di atas permukaan roadbase itu dan dibiarkan selama 24 jam sebelum diletak lapisan asphalt. Sejurus sebelum letak lapisan asphalt itu, permukaan roadbase itu hendaklah bersih dari habuk, bahan longgar dan dalam keadaan kering. Pastikan juga bituminous tack coat, rapid-setting cationic bitumen emulsion RS-1K disembur ke atas permukaan tepi asphalt sedia ada yang dikorek atau dipotong bagi mendapatkan bonding yang kuat di sekeliling dengan asphalt yang baru diturap supaya keretakan tidak mudah terbentuk dan membolehkan air meresap masuk. Permukaan asphalt baru itu hendaklah searas dengan permukaan asphalt sedia ada selepas dipadatkan.
14,950 points 4 28 72
0

Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat dan amat komprehensif, Ir Hizam yes yes yes​​​​​​​

...