search
Log In
6 votes
9 views
Apakah keperluan/pengetahuan/kelulusan sesebuah syarikat yang berdaftar bagi kod bidang F01 dengan pihak CIDB?
in Assets & Facilities Management 1,620 points

1 Answer

1 vote
 
Best answer

Syarat Am Pendaftaran Kontraktor Fasiliti: 

1) Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam Syarikat Sdn. Bhd. atau Berhad / Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam Koperasi Berhad / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dalam Pertubuhan. 

2) Jenis Perniagaan yang didaftarkan hendaklah meliputi kerja - kerja pembinaan dan / atau yang berkaitan dengan fasiliti dan penyenggaraan. 

3) Mempunyai modal berbayar yang ditetapkan 

4) Pengarah mempunyai Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) dalam bidang Perkhidmatan Fasiliti dan Penyenggaraan ATAU mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh CIDB seperti berikut :
i. Certified Facility Manager (CFM) –IFMA
ii. Certified Facility Management Professional (FMP) – IFMA
iii. Certified British Institute of Facilities Management (CBIFM) – BIFM
iv. Ijazah sarjana muda / Sarjana / Doktor Falsafah yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang pengurusan aset / fasiliti /penyenggaraan dengan tiga (3) tahun pengalaman kerja yang berkaitan. 

5) Personel Teknikal memiliki kelayakan yang ditetapkan. 
i. Diploma / Ijazah berkaitan bidang pembinaan / pengurusan fasiliti (FM)
ii. Berpengalaman dalam perkhidmatan fasiliti dan atau penyenggaraan 

Sumber:
http://www.cidb.gov.my/images/content/2017/caramemohonFM.pdf

2,860 points
selected by
...