search
Log In
17 votes
88 views
Bagaimana nak jadikan aktiviti senaman ringan ini bertambah menarik dan bilakah waktu yang sangat sesuai? sila berikan pandangan tuan/puan.
in Human Resource Management 1,350 points

4 Answers

6 votes
Pada pendapat saya, satu grup Whatsapp boleh diwujudkan dalam satu-satu pejabat untuk berkongsi maklumat berkenaan senaman dan kesihatan. Waktu yang sesuai berkemungkinan pada jam 10 hingga 11 pagi, dengan coach yang bertugas akan memberikan panduan daripada sistem P.A pejabat beserta lagu latar senaman, dan senaman tersebut dilaksanakan oleh pegawai di tempat duduk masing-masing.
710 points
4 votes
Jam 10.00 pagi selama 5 minit untuk permulaan. Diringi muzik iringan melalui sistem p.a pejabat.
270 points
3 votes
Senaman pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk dilakukan.  Untuk aktiviti bertambah menarik, senaman berbentuk tarian kecergasan dengan koreografi gerak tarian yang mudah diikuti serta diiringi pelbagai genre muzik dicadangkan
7,400 points
1 vote

Info X-Break melalui link di bawah :

https://www.infosihat.gov.my/index.php/x-break-2

Antara usaha membudayakan Amalan Senaman Ringan 15 Minit Semasa Waktu Bekerja ialah:

1) Melaksanakan senaman ringan semasa program rasmi jabatan seperti Perhimpunan Pagi Bersama Pengarah Kerja Raya, Program Gotong Royong Perdana EKSA, Kursus Team Building dan sebagainya.

2) Melantik Penyelaras X-Break di setiap peringkat JKR Cawangan/Negeri/Daerah bagi memastikan aktiviti X-Break dilaksanakan di jabatan pada setiap hari bekerja.

3) Mempamerkan gambar-gambar aktiviti X-Break di papan kenyataan jabatan.

16,640 points
...