search
Log In
13 votes
156 views
seringkali dilihat penggunaan kereta jabatan digunakan oleh penjawat awam tertentu untuk hadir ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. Hal ini dilihat tidak diambil tindakan oleh pihak yang berkenaan.

Apakah langkah terbaik dalam mengawal dan menghalang perkara ini berulang? adakah dengan menetapkan kunci kenderaan perlu dipulangkan kepada EO/CC pada jam 12.15 tengahari bagi kenderaan yang tiada tugasan dapat membantu?

Apakah wajar Bahagian Integriti melaksanakan 'spotcheck' dan terus mengambil tindakan kepada individu yang terlibat di ruang persekitaran masjid?
in Human Resource Management 1,620 points
0
Jika penggunaan kereta jabatan tersebut semasa tempoh dalam perjalanan dari satu tempat A (berurusan di pejabat kerajaan) ke B (pejabat pegawai) dan di pertengahan perjalanan di dalam tempoh waktu rehat serta hampir waktu solat sepanjang perjalanan tersebut apakah tindakan dan arahan yang sepatutnya sebagai seorang pegawai kepada pemandu tersebut? Adakah dikategorikan menyalahgunakan kenderaan jabatan?
0

Matlamat tidak menghalalkan cara.

Matlamat dan cara hendaklah betul.

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. 

2 Answers

4 votes
Pada pandangan saya bagi kes tersebut, pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib dan/atau surcaj atas kesalahan menyalahgunakan kenderaan jabatan untuk tujuan peribadi.

Pegawai Kenderaan yang dilantik seharusnya bertanggungjawab memastikan kenderaan jabatan digunakan hanya untuk tujuan tugas rasmi sahaja selain memantau penggunaan bahan api dan kad tol TnGO.

Pegawai Kenderaan juga bertanggungjawab menyemak Catatan Buku Log Kenderaan berkaitan butiran penggunaan kenderaan harian dengan lebih kerap supaya perkara-perkara penyalahgunaan kenderaan jabatan dapat dikesan dengan lebih awal dan boleh diambil tindakan segera terhadap pegawai yang bersalah.

Sekiranya tuan mempunyai sebarang maklumat mengenai salahguna kenderaan jabatan atau apa-apa kesalahan yang melibatkan integriti, tuan seharusnya berani melaporkan segera kepada Bahagian Integriti, JKR Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
16,640 points
edited by
5 votes
Perlu dilihat samada penggunaan kenderaan ini telah mendapat persetujuan Ketua. Jika penggunaan kenderaan ini telah dipersetujui oleh Ketua sebagai salah satu insentif membantu kebajikan pekerja, maka segala tanggung -jawab adalah dibawah Ketua tersebut. Namun, sekiranya penggunaan kenderaan jabatan ini tidak mendapat persetujuan Ketua, maka tindakan tatatertib boleh dikenakan.
38,460 points
0

Soal Selidik Audit Nilai dalam Sistem Pengurusan Audit Nilai Dalam Perkhidmatan Awam (JPA) melalui kategori Indeks Nilai Organisasi

"Sudah menjadi kebiasaan di organisasi ini kereta jabatan digunakan untuk tujuan peribadi" 

Jawapan memang pilih tidak pernah

...