search
Log In
13 votes
39 views
Ini adalah kerana kos awalan pemasangan sistem ini di lihat agak tinggi.
in Fixed Asset (Tak Alih) 330 points

1 Answer

2 votes

Pada pendapat saya, pemasangan sistem tersebut adalah bersesuaian dan perlu digalaksan kerana sumber air mentah (air sungai, telaga/perigi, tasik & empangan) adalah terhad. Sumber air tersebut juga adalah dikongsi bersama dengan industri pertanian, perkilangan, perlombongan yang giat berkembang di negara kita.

Sehubungan dengan itu, mana-mana inisiatif yang boleh menjimatkan penggunaan bekalan sumber air mentah negara perlulah disokong dan diperluarkan agar bekalan air mentah yang dirawat bolehlah digunakan untuk tujuan air minum, mandi dan memasak.

Manakala urusan harian yang lain seperti penggunaan air di tandas, mencuci pakaian, mencuci kenderaan, lantai rumah, menyiram pokok dan lain-lain bolehlah menggunakan sumber air yang diperolehi daripada sistem penuaian air hujan.

Rujukan:
Sumber air di Malaysia didapati sepanjang tahun. Ia dianggarkan pada 580 km3/tahun (purata 1977-2001), bersamaan dengan lebih daripada 3,000 meter padu setiap kapita dan tahun. Pada tahun 1995, jumlah pengeluaran air dianggarkan pada 12.5 km3, atau kurang daripada 3 peratus sumber yang ada. 76 peratus air digunakan untuk pertanian 11 peratus untuk bekalan air perbandaran dan 13 peratus bagi industri. Jadi hanya kurang dari 1% sumber air yang ada digunakan untuk bekalan air minum.[3][4]

https://ms.wikipedia.org/wiki/Bekalan_air_dan_sanitasi_di_Malaysia

2,860 points
...