search
Log In
9 votes
58 views
Salam dan Selamat Sejahtera,

Saya ingin bertanya, adakah JKR mempunyai satu sistem fail berpusat bagi setiap negeri? sistem fail ini dapat mempermudahkan pencarian fail dan urusan surat menyurat.

Dengan adanya sistem ini, dapat membantu proses penyimpanan surat dan fail dengan lebih teratur dan secara tidak langsung dapat membantu kakitangan pejabat dalam proses pencarian fail dan surat.
in Stakeholders Management 3,770 points

2 Answers

5 votes
 
Best answer
Pihak MAMPU ada membangunkan DDMS (Digital Document Management System) dimana ianya adalah salah satu sistem pengurusan rekod elektronik kerajaan yang telah dimulakan pada tahun 2014. Sistem ini membolehkan semua rekod kerajaan ditawan dan diakses melalui internet dan dimana - mana sahaja 24 jam sehari. Ianya telah digunakan di MAMPU pada 3 Mac 2014, DDMS ini telah diperluaskan kepada 24 kementerian dan 6 jabatan/agensi dengan jumlah pengguna mencecah seramai 20,000 orang.

Cuma saya kurang pasti sama ada JKR di antara jabatan/agensi yang menggunapakai sistem ini.

Sistem ini juga berbeza dengan eCOMS JKR, dimana eCOMS digunakan untuk menyimpan rekod - rekod seperti lukisan siap bina, lukisan PAP dan lain -lain.
9,120 points
selected ago by
0

Terima kasih atas perkongsian Pn @SKhadijah yes

5 votes
Setakat ini tiada sistem fail berpusat dibuat untuk JKR.. Sistem ini satu cadangan yang bagus akan tetapi kemungkinan akan melibatkan storage yang cukup besar diperlukan yang memerlukan kos yang tinggi dari segi infrastruktur ict dan dari segi lesen. Di samping itu, penyeralasan fail setiap negeri atau unit mengkin berbeza membuatkan sistem ini sukar untuk dibangunkan dalam masa yang singkat...
18,150 points
...