+9 votes
58 views
in Building by (460 points)
SEKARANG INI MENJADI TREND PEMBEKAL HANYA SERTAKAN TEST REPORT SIRIM UNTUK KELULUSAN BAHAN. MOHON PANDANGAN SEMUA.

4 Answers

+3 votes
by (32.4k points)
Pada pandangan saya tidak jadi masalah sekiranya hanya bahan yang diuji oleh SIRIM digunakan bukannya bahan lain yang tidak diuji walaupun dalam kategori yang sama oleh pembekal yang sama.
+4 votes
by (2k points)

Pensijilan SIRIM bagi produk adalah secara voluntary basis kecuali bagi produk-produk yang dikawal di bawah akta dan peraturan oleh agensi-agensi berkaitan, contohnya Suruhanjaya Tenaga, BOMBA, JPJ dll. Bagi produk yang bukan di bawah kawalan agensi yang berkenaan, test report boleh digunakan untuk kelulusan bahan dengan syarat produk tersebut comply bagi semua klausa sepertimana yang disyaratkan dalam sesuatu standard.

+3 votes
by (33.9k points)
SIRIM adalah merupakan salah satu makmal yang telah diberi akreditasi. Sehubungan dengan itu, segala ujian yang dilaksanakan boleh diterima tanpa prejudis. Yang pentingnya, ujian yang dijalankan mestilah berpandukan kepada spesifikasi atau standard yang telah kita ditetapkan. Sebagai pengawas projek atau SO, adalah menjadi tanggungjawab kita, untuk memberi keputusan lulus atau gagal berpandukan kepada laporan ujian dan juga spesifikasi/standard yang kita tetapkan.
+3 votes
by (36.2k points)

Sekadar memberi padangan.....

Pada pendapat saya tujuan test report itu lebih kepada compliance to the requirement in the specification as per material quality and composition requirements dimana data-data ujian dari SIRIM akan menjadi asas rujukan untuk mendapat kelulusan penggunaan.

Sebaliknya Sijil SIRIM lebih kepada rujukan kekal mengikut tempoh kelulusan untuk membekal bahan yang telah diiktiraf dan disemak melalui ujian-ujian tertentu demi menjamin consistency dan quality produk sebagaimana spesikasi keperluan telah dirujukpakai. Maka tidak salah test report dibekal sebagai rujukan kelulusan penggunaan.

1.8k questions

2.9k answers

1.2k comments

4.7k users

...