search
Log In
8 votes
67 views
Adakah kontraktor boleh memohon EOT atas sebab keadaan sebenar di tapak berbeza dengan laporan SI dimana terdapat kaviti luar jangka yg sebabkan kerja cerucuk mengambil masa lama untuk disiapkan? Dan adakah SO boleh mengesyorkan kpd Jkuasa dan apakah klausa (Sek 43) yang sesuai?
in Contract Management 5,440 points 12 26 74

1 Answer

3 votes

Sekadar memberi pandangan......

Ada beberapa isu-isu berikut yang perlu dan harus diteliti terlebih dahulu sebelum EOT dibenarkan?

  • Adakah kontrak ini dari jenis Design and build? Andai ya, maka segala permasalah yang dihadapi harus dipiku dan diatasi oleh kontraktor berkaitan melainkan ada berlaku insiden diluarkan jangkaan sebagaimana termaktub dibawa Seksyen 43 Borang kontrak 203A.
  • Kebiasaannya lokasi SI harus berada dikedua-dua abutment jambatan demi dijadikan rujukan dalam rekabentuk cerucuk. Andai kedua-dua lokasi SI telah dilaksanakan pada lokasi tersebut maka segala kaviti pasti akan ditemui.
  • Adakah cadangan jenis cerucuk telah berubah dari kontrak asal melalui permohonan kontraktor? Andai ya, maka adalah tanggungjawab kontraktor untuk melaksanakan SI baru demi menjaminkan bahawa cadangan cerucuk baru itu adalah lebih bersesuian dengan keadaan tanah di tapak berkaitan.

Andai kelewatan yang terjadi itu merangkumi salah satu daripada punca kejadian tersebut di atas, maka wajarlah SO berkaitan mengkaji semula cadangan EOT itu sebelum meluluskannya atau membawa masalah itu ke AJK untuk kelulusan.

43,520 points 103 180 306
edited by
...