search
Log In
6 votes
67 views

Untuk pengujian cerucuk pile bolehkah ujian Y-Jack menggantikan ujian beban (MLT)? jika tiada specification JKR bolehkah kita meluluskannya? 

in Bridge 1,790 points

1 Answer

2 votes

Ujian Bebanan Cerucuk merupakan satu keperluan dalam Spesifikasi Piawai bagi Kerja-kerja Bangunan mahupun Jalan. Di antara ujian bebanan cerucuk yang boleh dijalankan adalah Statik (Maintained Load Test, MLT), PDA dan Bidirectional Test. Walaubagaimanapun ujian MLT masih menjadi keutamaan.

 

Ujian beban Y-Jack adalah jenama yang dipatenkan dan  ia merupakan kaedah ujian beban statik secara bi-directional. Kaedah bi-directional boleh juga menggunakan hidraulik jack daripada jenama lain.  

 

Spesifikasi Piawai dan Kriteria Ujian Bebanan Cerucuk masih perlu dipatuhi sepertimana yang digariskan untuk MLT. Walaubagaimanapun, Ujian beban secara bi-directional tidak dapat memberikan keputusan residual settlement sepertimana yang boleh diperolehi daripada ujian beban statik yang lain.  Oleh yang demikian, kebiasaannya ujian bi-directional digunakan untuk cerucuk yang menanggung beban yang sangat tinggi dan di kawasan tapak ujian yang tidak sesuai menggunakan ujian beban yang menggunakan blok kentledge. 

 

Produk Y-Jack juga tersenarai dalam JKR Material List (JMAL).  Namun penggunaan produk Y-Jack ini dihadkan kepada cast in-situ pile dan trial pile @ non-working pile bagi precast pile (driven pile).

 

Ujian ini perlu dikenalpasti dan kajian kesesuaian secara menyeluruh (terutamanya pengesahan kedalaman hydraulic jack dan keupayaan geseran kulit (friction resistance)) perlu dijalankan diperingkat AWAL lagi dan kelulusan untuk penggunaan ujian ini adalah tertakluk kepada Pegawai Penguasa Projek.

620 points
0
terima kasih diatas penerangan yg jelas dari tuan. Di harapkan pada masa hadapan ujian correlation dapat dibuat antara MLT dan Y Jack untuk menyakinkan penggunaan Y Jack di masa depan.
...