search
Log In
5 votes
50 views
Kini kerja-kerja pengalihan utiliti TNB menggunakan harga lazim TNB. Harga tersebut sangat murah jika dibandingkan dengan harga pasaran.  Sub kontraktor yanng dilantik tidak mampu melaksanakan kerja dengan harga lazim tersebut. Adakah cara atau langkah JKR untuk menyelesaikan masalah tersebut? Mohon dikongsi bersama.
in Cost Management 1,790 points
edited by
0

1.Main Con (MC) perlu membeli barang dari vendor di dalam list yang diberikan ini bagi memastikan MC mendapat harga lazim peralatan yang pihak TNB cadangkan.

 

2. Pihak JKR akan mengeluarkan surat mengikut (list of vendor) yang dinyatakan/dilantik oleh MC untuk melaksanakan laksana kerja-kerja Aset milik TNB.

 

3. Pihak MC akan membawa surat tersebut untuk mintak PO dari vendor TNB

 

4.Sekiranya PO nilai barang > dari harga lazim yang TNB syorkan, pihak MC perlu memaklumkan kepada JKR dan JKR akan membuat laporan kepada TNB One Stop Center.

Bahagian TNB Procurement akan membuat semakan dan memastikan vendor quot dalam PO mengikut harga lazim ke MC. Jika sekiranya within 2 weeks tidak diselesaikan oleh pihak TNBJKR boleh mengarahkan MC membeli barang-barang tersebut mengikut harga PO dan pihak JKR akan reimburse mengikut 100% nilai PO tersebut kepada TNB.

waallahualam..

0
Pernah berurusan dengan pihak TNB dimaklumkan harga PO material memang rendah disebabkan TNB membeli secara pukal dan vendor/sub kontraktor TNB wajib membeli dengan store TNB.

Tetapi bagi projek luar TNB, harga lazim tersebut tidak boleh digunapakai dan perlu menggunakan kadar harga berbeza.

JKR tidak boleh mengarahkan pihak TNB mengurangkan harga kerana projek tersebut bukan projek TNB sendiri, on what authorities does JKR have to sub pay to TNB and claim back?

Yang terlibat dengan projek naiktaraf jalan ada rujukan dari MOF tetapi utk projek lain tiada.
0
Bagaimana untuk memastikan pihak Main/Sub Kontraktor tidak mengalami kerugian terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan sekiranya harganya rendah?
0

Penyataan tuan kurang jelas bagi No.4 Kenapa perlu reimbursement kpd TNB walhal kontraktor yang membuat pembelian?  

Dimana reimbursement bermaksud pembayaran balik kepada seseorang yang telah mengeluarkan duit sendiri bagi tujuan perbelajaan bersamaan dengan jumlah tuntutan yang dikemukakan.

Kalau dimaksudkan JKR akan membayar kepada kontraktor mengikut kadar harga yang diberikan melalui PO (walaupun tinggi) disebabkan kelewatan pihak TNB untuk memberi maklum balas, ya selepas disemak dengan kadar harga pasaran, Which the reference comes from private sector or any similar & current projects.

Bagi menjawab soalan tuan bagi mengelakkan kerugian berlaku kpd mana-mana pihak dan to be fair, kadar harga material TNB disemak setiap 6 bulan. Oleh yang demikian, semasa bengkel VE/VA/VM perlu ada wakil TNB hadir bagi mendapatkan kadar harga yang optimum dan wakil SO/QS perlu menyemak dengan kadar harga kerja dengan pasaran sebelum kerja berkaitan bekalan TNB dimulakan di tapak.
 

0
Terima kasih atas pencerahan dari Pn.

Maksud sy di penyata 4 ialah JKR akan claim semula kepada TNB mengikut harga pasaran sekiranya TNB lewat memberi PO mengikut harga lazim.

1 Answer

4 votes
Harga anggaran dalam kontrak JKR kena mengambil kira harga sebenar TNB.
1,960 points
...