search
Log In
9 votes
90 views
Dalam pelaksanaan projek perlu ada komitmen dari semua pihak dari client, kontraktor sampai la ke stakeholder. Sekiranya komitmen itu hanya di pihak client, rasanya takkan ke mana. Oleh itu boleh kita bincangkan apa strategi yang digunakan oleh sahabat2 semua sekiranya projek mengalami kelewatan?
in Risk Management 1,740 points

2 Answers

4 votes

Sekadar memberi pandangan.....

  • Kita perlu tahu dan kaji dengan telitinya punca kejadian kelewatan itu.
  • Berapa lamakah tempoh kelewatan projek itu?
  • Adakah tempoh kelewatan berada di tahap yang kritikal?
  • Pernahkah perancangan dan program penyelesaian diadakan?
  • Pernahkah projek tersebut diberi EOT?
  • Atas sebab apa EOT itu diberi?
  • Pernahkah pihak HOPT mengeluarkan surat peringatan?

Sesudah isu-isu tersebut dikaji teliti baru pihak HOPT boleh rancangkan strategi yang bersesuian dengan persetujuan dari kalangan semua pihak yang berkaitan. Kita harus ingat setiap keputusan yang dibuat besar mungkin akan ada risiko dan kebarangkalian kegagalannya, maka adalah wajar AJK tersebut membuat semak rujuak terhadap projek lalu yang punyai jenis skop kerja pembinaan yang sama dan kaedah penyelesaian yang serupa sebagai asas perbandingan.

38,860 points
1

ini adalah strategi2 yg dicadangkan oleh saya..

1. kalau sebagai client.., ada 3 cara jer nak buat.. kasi EOT, terminate atau tunggu abis kontrak pastu kenakan LAD.. sebagai client memula tu kasi notis termination selaras dgn syarat2 kontrak... at least sebagai amaran untuk termination supaya kontraktor faham kita serius dalam menyiapkan projek.. kalau tak jalan jugak, terminate jela..

2. Kalau taknak terminate, ada 1 cara jugak better NSC kan kerja2 pada kontraktor lain... payment direct bayar ke NSC... cuma kena pastikan dlu samada terdapat clause2 yg mcm tu dlm kontrak..

3. Kalau sebagai kontraktor pula.. kena study dulu sbb kelewatan berlaku.... ini antara punca2 utama yg dikenalpasti masalah kewangan, pengurusan tapak & pekerja tidak mahir... jadi work programme tu perlu re-schedule balik.. especially kerja kerja yang dlm critical path.... so bila dah tau punca masalah, baru boleh decide dan ambik action segera..

semuga membantu

2 votes

Kelewatan projek disumbangkan dari pelbagai faktor. Faktor-faktor ini perlu dikaji untuk merangka strategi dan direction projek tersebut. 

1. Sebagai langkah awal perlu dibuat Project Helth Check (PHC) terlebih dahulu untuk menentusahkan data kelewatan projek tersebut benar-benar mengalami kelewatan atau wujud kelemahan dalam work programme yg perlu dibuat penambahbaikan dahulu. 

2. Jika wujud kelayakan untuk lanjutan masa (EOT) perlulah diselesaikan terlebih dahulu

3. Sekiranya projek tersebut benar-benar telah mengalami kelewatan adalah dicadangkan untuk dibuat Intervensi (Intercept) oleh pasukan selain dari S.O. iaitu bagi pihak "Pegawai Yang Dinamakan Bagi Pihak Kerajaan". Kebiasaannya pasukan tersebut adalah dari wakil Pengurus Program. Seterusnya adalah perlu dikaji langkah atau cadangan dari intervensi yang telah dibuat. Laporan Intervensi perlu dibuat pemantauan dalam tempoh tertentu yang perlu dipatuhi.

4. Sekiranya cadangan Intervensi tersebut tidak dipatuhi adalah dicadangkan Pengurus Program melalui laporan SO perlulah dibawa ke Mesyuarat Project Solving Governance (PSG) untuk menentukan direction/ strategy baru untuk projek tersebut.

5. Option melaksanakan DOA perlu dilihat untuk membantu terlebih dahulu sebelum tindakan drastik dibuat.

6. Surat-surat amaran SO perlu dikeluarkan mengikut tatacara kontrak.

7. Sekiranya projek dilihat tiada penyelesaian untuk dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk menyiapkan projek setelah semua pertimbangan diambilkira, adalah dicadangkan projek tersebut segera dibawa ke Mesyuarat Contract Coordination Panel (CCP) bagi tujuan penamatan kontrak .

8. SO dan pasukan projek diminta segera memanggil tender baru dan melantik kontraktor baru (dalam tempoh 4-6 bulan mengikut PK 4.5 ) bagi menyiapkan baki kerja.

4,860 points
...