search
Log In
5 votes
55 views
Ingat bertanya..untuk struktur lama contohnya box culvert atau bridge. Cawangan mana yang boleh dirujuk untuk minta buat structure assessment (forensics)? Terima Kasih
in Structure 1,790 points

2 Answers

2 votes
 
Best answer
Di dalam JKR ini terdapat berbagai unit unit forensik. Bagi masalah jambatan, saya rasa ianya perlu ditangani oleh Forensik Jambatan yang diterajui oleh Ir Dr Lim Char Ching.
38,440 points
selected by
4 votes

Sekadar berkongsi......

Untuk pengetahuan tuan JKR telah lama wujud dan adakan proses sistem pemeriksaan jambatan dan pembentung melalui tindakan dan aktiviti tahunan yang bernama Pemeriksaan Mandatori Tahunan Jambatan (PMTJ). Sistem pemeriksaan itu telah wujud sejak 90an. Konsep dan kaedah pemeriksaan itu adalah dengan menggunakan borang pemeriksaan khas yang bernama Routine Condition Inspection form dengan merujukkan kepada buku JKR Annual Bridge Inspection Manual yang dibentukkan pada 1995. Disamping itu pihak REAM juga jual buku A Guide To Bridge Inspection yang mempunyai kandungannya yang sama.

Melalui amalan sistem pemeriksaan yang berkonsepkan pemeriksaan secara visual dengan penggunaan borang Routine Condition Inspection dan merujukkan kepada JKR Material Condition Rating Of Components dan Criteria For Classification Of Severity Of Damage untuk memperuntukan Condition Rating terhadap setiap komponen jambatan atau pembentung. Tahap Conditon Ratingnya adalah dari 1 hingga 5, dimana Condition Rating 5 merupakan tahap yang paling tinggi mewakili tahap kondisi yang paling teruk. Maka dengan itu setiap tahun struktur lama itu akan diperiksan dan dinilai tahap keutuhannya melalui proses PMTJ dengan output laporan pemeriksaan yang saintifik. Output pemeriksaan itu lebih kepada penilai kondisi fisikal semasa yang akan dijadikan rujukan asas untuk mengukur tahap keutuhan struktur tersebut. Disamping itu, output pemeriksaan itu juga akan dijadikan rujukan untuk penyediaan skop kerja pembaikan demi meningkatkan dan memanjangkan Useful Life Span struktur tersebut. Maka dengan ini, penilaian terhadap struktur tersebut telah dapat dilaksanakan setiap tahun untuk melaporkan kondisi semasanya.

Balik kepada proses Forensics, ia lebih kepada siasatan semasa andai ada kejadian diluar jangkaan dimana penilaian lebih mendalam perlu dilaksanakan dengan bantuan peralatan ujian secara destructive atau non-destructive demi mendapatkan satu laporan penilaian yang lebih menyeluruh.

39,750 points
0

Terima Kasih tuan diatas maklumat yang diberi. Kembali kepada soalan saya cawangan mana kah yang boleh dirujuk oleh saya untuk menjalankan ujian secara destructive atau non-destructive terhadapat bridge dan box culvert lama di jajaran projek saya? terima kasih

0
Bahagian Forensics, Cawangan Jalan.
...