search
Log In
8 votes
46 views

Ingin bertanya..

Ada satu projek design & built lump sum untuk kerja-kerja tanah...skop kerja mmg dah clear semasa nego...then masa construction, sebahagian kawasan x boleh siap sebab ada rock...

Item untuk rock excavation mmg ada diperuntukkan di dalam item provisional sum tetapi tidak mencukupi. 

Soalan disini :- Adakah kontraktor perlu dibayar penuh kerana projek lump sum or dibayar sebahagian dimana bahagian kerja yang tidak siap terpaksa dipotong kerana kontraktor gagal menyiapkan skop kerja yang telah dipersetujui di dalam kontrak asal..

in Project Management 1,790 points

2 Answers

3 votes
Sekadar memberi pandangan.....

Logically dalam project D & B segala perancangan, siasatan tanah, kerja ukur tanah, rekabentuk, penyediaan BQ dan anggaran merupakan tanggungjawab sepenuhnya kontraktor berkaitan. Maka dalam isu kontraktor terjumpa rock bawah tanah ketika membuat kerja tanah itu sepatutnya akan menjadi tanggungjawab kontraktor untuk membuat siasatan terlebih dahulu dengan merujukkan kepada kerja sisatan tanah yang telah dilaksanakan termasuk juga buat site survey terhadap projek-projek bersebelahan yang pernah dilaksanakan demi menyediakan satu kos anggaran yang munabah supaya tidak tertimbul isu anggaran kos tidak mencukupi. Disamping itu kebiasaan dalam amalan kerja tanah untuk rock atau bolders akan disediakan anggaran dalam bentuk unjuran dengan volume dalam bentuk M3 sebagai provisional sum bersertakan kadar harga untuk setiap m3.

Maka dengan amalan konsep sedemikian sudah pasti skop kerja itu akan subject to re-measurement selepas kerja tanah itu siap dengan membuat penyelarasan semula tuntutan.
39,750 points
3 votes
Pada dasarnya kontrak design and build adalah bertujuan utk memindahkan risiko rekabentuk dan pembinaan sepenuhnya kepada pihak kontraktor. Sehubungan dengan itu, di dalam penawaran tender deign and build, pihak kontraktor adalah bertanggungjawab di dalam mendapatkan maklumat serta data setempat termasuklah keadaan tanah, geologi, cuaca, persekitaran, keperluan undang-undang tempatan serta juga amalan tempatan, untuk mendapatkan  rekabentuk yang munasabah.

Sepatutnya tidak ada isu berkenaan item provisional sebab kesemuanya ini sepatutnya telah difaktorkan di dalam Kos Kontrak.
38,440 points
...