search
Log In
14 votes
176 views

Adakah wajar sekiranya waktu kerja fleksi (WBF) digunapakai untuk semua kakitangan kerajaan di seluruh negeri?

in Human Resource Management 270 points

8 Answers

9 votes
Salam,

Saya menyokong sepenuhnya cadangan ini.

Waktu Kerja Fleksi (WBF) amat sesuai digunapakai bagi mengatasi masalah kelewatan hadir ke pejabat dikalangan penjawat awam. Pada masa yang sama akan meningkatkan kesedaran penjawat awam mengenai ketepatan waktu bekerja bagi penjawat awam.

Sekian, terima kasih.
3,780 points
5 votes

Setiap penambahbaikan pasti ada kebaikan dan keburukan. Selamat bekerja!

7,400 points
6 votes
Bersetuju dengan pandangan. Namun begitu, harap pihak bertanggungjawab perlu mengambilkira faktor lokaliti pejabat, taburan kediaman pegawai kerajaan serta tahap kesesakan jalanraya bagi menjamin keberkesanannya. Semoga dipermudahkan segala urusan.
1,640 points
6 votes
Sangat setuju dan amat selesa dengan Waktu Kerja Fleksi (WBF) ini. Kalau boleh sila pinda kan waktu masuk dan keluar pejabat agar ianya lebih efisyen sekaligus membantu dalam masalah lewat masuk bekerja, contohnya seperti waktu masuk diantara 7:00pagi - 9:00pagi manakala waktu keluar (balik) pejabat pula diantara pukul 4:00ptg - 6:00ptg. itu pandangan saya, Terima Kasih.
1,090 points
2

Sy bersetuju dengan cadangan Tn @Yusri Arieff yes

7 votes

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019: Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Di Agensi Kerajaan Persekutuan

Muat turun dokumen di: https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2019/pp052019.pdf

36,820 points
2

hampir sama dengan cadangan yang saya baru berikan pagi semalam wink

1
terima kasih diatas perkongsian tuan .
5 votes
Wajar dilaksanakan waktu bekerja fleksi di  pejabat kerajaan di seluruh negara untuk tujuan penyeragaman. Walaubagaimanapun, berlaku sedikit kesukaran di peringkat semakan kad perakam waktu pekerja dan juga semakan Bahagian Kewangan bagi tuntutan elaun lebih masa yang agak memeningkan.

Ketua Jabatan perlu memainkan peranan supaya pergerakan keluar masuk pegawai dapat diurus dengan sistematik, terkawal dan boleh diselia dengan baik.
16,640 points
1 vote

Pandangan peribadi saya selepas beberapa bulan dilaksanakan waktu kerja fleksi
1. Perbincangan atau mesyuarat hanya boleh dilaksanakan selepas jam 9.00 pagi
2. Pegawai atasan tidak tahu waktu kehadiran kakitangan, harus tunggu setelah jam 9

3. Empunya diri menjadi tidak berdisplin

Amat sesuai untuk golongan wanita bekerjaya yang perlu menguruskan rumah tangga dan anak-anak pada awal pagi.smiley. Walaubagaimana pun Ketua Jabatan atas kepentingan perkhidmatan, boleh mengarahkan mana-mana pegawai untuk hadir ke pejabat pada masa-masa yang ditetapkan

Tetapi sejak sistem ini mula digunapakai, di dapati kebanyakkan kakitangan awam kini lebih punctual di tempat kerja. 

7,400 points
2 votes
Sesuatu inisiatif yang baik harus diperkembangkan. Walaubagaimana pun, ianya banyak bergantung kepada sikap dan integriti penjawat awam itu sendiri. Walau apa pun sistem yang dipertengahkan, akan ada kumpulan minoriti yang cuba utk mengambil peluang utk 'defeat the system'.
Secara dasarnya ianya merupakan inisaitif yang baik dan juga diamalkan oleh pejabat-pejabat swasta  dan pejabat korporat yang besar bagi memastikan produktiviti yang lebih tinggi. Sistem ini juga dapat mengurangkan stress semasa dalam perjalanan kerja. Sekiranya kita datang lewat maka kita perlu balik lewat dan dengan cara ini waktu bertugas adalah tetap 8 jam.
38,460 points
...