search
Log In
5 votes
49 views
in Technical & Contract Admin 570 points

1 Answer

6 votes
 
Best answer

Bagi permohonan lanjutan tempoh perkhidmatan perunding hendaklah dibuat oleh pihak Government Representative (GR) yang telah dinamakan sepertimana dalam MOA. Maklumat berkenaan GR yang dinamakan ini boleh diperolehi dalam MOA seperti berikut:

  • MOA menggunakan format Scale of Fee (SOF) - Rujuk Appendix 5 (Perkara 13)
  • MOA menggunakan format Man-Month (Input Masa) - Rujuk Article vii (Perkara 7.03)

Selain itu, tuan juga perlu menyemak Supplementary Aggrement (SA) sekiranya terdapat pindaan nama GR tersebut.

Pihak yang Meluluskan Permohonan Lanjutan Tempoh Perkhidmatan Perunding boleh Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK3.3/2013 Para 2.8.4 iaitu Sekiranya terdapat permohonan pelanjutan tempoh kontrak perkhidmatan perunding, ianya hendaklah dibawa untuk pertimbangan dan kelulusan Pegawai Pengawal.

Sekiranya permohonan tuan melibatkan permohonan tambahan kos perkhidmatan perunding, tuan perlu mengemukakan kepada pihak Jawatankuasa Penilaian Perunding (JPP) di Ibu Pejabat JKR Malaysia sekiranya projek tersebut merupakan projek Persekutuan.

 

1,990 points
selected by
...