search
Log In
4 votes
50 views
Apakah perbezaan Performance Grade dengan Penetration Grade bagi sesuatu bitumen/bahan pengikat asphalt?
in Pavement 410 points 1 2 8

1 Answer

7 votes
 
Best answer
Secara ringkas, penetration grade digunakan bagi menentukan gred bitumen berdasarkan ujian penetration. Jarum berat 100 g penetrate ke dalam sampel bitumen selama 5 saat pada suhu 25 oC. Kalau jarum penetrate sedalam 6.5 mm, nilai penetration bitumen itu adalah 65. Bitumen yang lebih pekat akan menghasilkan nilai penetration yang lebih rendah.

Performance grade (PG) digunakan bagi menentukan gred bitumen berdasarkan ujian dengan menggunakan peralatan dynamic shear rheometer (DSR). Sampel bitumen dipusing antara dua plate, stress dan strain yang terhasil diukur. Ujian dijalankan pada suhu lebih tinggi dari 25 oC, lazimnya 58 oC, 64 oC, 70 oC dan 76 oC. DSR dapat mengukur komponen elastik dan bukan elastik dalam bitumen. Phase angle ‘delta’ yang terhasil memberi indikasi komponen elastik itu. Lebih kecil nilai ‘delta’, lebih besar komponen elastik. Bitumen konvensional penetration grade 60 - 70 lazimnya memberi nilai ‘delta’ hampir 90o, bermakna hampir tiada komponen elastik. Sebaliknya nilai ‘delta’ bagi bitumen bercampur polimer sintetik lazimnya sekitar 65o atau lebih rendah. Nilai ‘delta’ bagi bitumen bercampur polimer asli seperti getah cup lump atau latex? Sekitar 80o. PG ditentukan dari nilai complex shear modulus G* (lebih pekat bitumen, lebih tinggi nilai G*) dan ‘delta’ iaitu G*/sin ‘delta’ ditetapkan melebihi 1.0 kPa dan 2.2 kPa bagi sampel original dan selepas dikeraskan di dalam rolling thin film oven. Bitumen konvensional penetration grade 60 - 70 di Malaysia kebanyakannya PG 64.

Bagi laluan dengan purata suhu maksimum permukaan turapan jalan selama tujuh hari sekitar, katakan 60 oC, penggunaan bitumen PG 64 adalah memadai. Namun, jika beban trafik tinggi, PG yang lebih tinggi adalah disyorkan; jika beban trafik 10 - 30 juta ESAL atau trafik bergerak perlahan seperti di lorong mendaki atau sentiasa berlaku kesesakan trafik, disyorkan PG dinaikkan satu gred kepada PG 70. Jika beban trafik melebihi 30 juta ESAL atau terdapat banyak simpang lampu isyarat di mana trafik perlu berhenti sementara, disyorkan PG dinaikkan dua gred kepada PG 76.

Seperti dinyatakan, bitumen penentration grade 60 - 70 di Malaysia lazimnya adalah PG 64. Bitumen penetration grade 80 - 100 pula lazimnya PG 58. Katakan, bitumen penetration grade 80 - 100 itu dicampurkan dengan polimer sintetik dan menghasilkan bitumen PG 76 dengan nilai penetration turun kepada sekitar 60 - 70. Jadi, di antara kedua-dua bitumen itu, yang mana lebih baik? Tiada hadiah jika teka dengan tepat. PG 76.

Berbanding penetration grade, performance grade memberi indikasi lebih tepat kesesuaian gred bitumen bagi mana-mana laluan dengan mengambil kira suhu permukaan turapan serta beban dan pergerakan trafik.
14,930 points 4 28 72
selected by
...