search
Log In
5 votes
52 views
Bagaimanakah kaedah untuk mengenalpasti punca kerosakan permukaan jalan samada disebabkan oleh kualiti bahan turapan, kualiti pembinaan, beban trafik berlebihan atau punca-punca lain?
in Pavement 410 points 1 2 8

1 Answer

6 votes
 
Best answer

Secara ringkas;

Jika nampak lebihan bitumen pada permukaan jalan (bleeding).

Punca: Kualiti bahan turapan – kandungan bitumen tinggi.

 

Jika jumpa crack bentuk bulan sabit pada permukaan jalan.

Punca: Kualiti pembinaan – kualiti dan/atau kadar semburan tack coat rendah.

 

Jika berlaku rutting dan shoving pada permukaan jalan di lorong mendaki, di persimpangan di mana banyak dilalui kenderaan berat.

Punca: Kualiti bahan turapan – kualiti bitumen tidak sesuai dengan beban trafik tinggi dan dikenakan pada tempoh lama bila kenderaan bergerak perlahan. Guna performance grade (PG) yang lebih tinggi seperti polymer modified binder (PMB).

 

Jika permukaan jalan crack selepas overlay, tiada rutting.

Punca: Kualiti pembinaan – teknik rawatan tidak sesuai, crack pada permukaan lama tidak dirawat sebelum overlay. Kualiti bahan turapan – kandungan bitumen dan/atau gredan aggregate tidak mengikut job mix formula. Kualiti pembinaan – tahap pemadatan rendah (target density tidak tercapai).

 

Jika crack tertumpu pada laluan roda, ada rutting.

Punca: Beban trafik – struktur pavemen tidak lagi dapat menampung beban trafik.

Jenis dan punca kerosakan permukaan jalan diterangkan dengan terperinci dalam buku “Jalan oh Jalan kenapa engkau rosak” mukasurat 8 – 27. Dapatkan naskah anda dari Makmal Penyelidikan Jalan, CREaTE.  

14,950 points 4 28 72
selected by
...