search
Log In
4 votes
44 views

Salam dan Selamat Sejahtera,

Keseronokan bekerja merupakan perkara yang penting bagi sesebuah institusi kerajaan seperti JKR untuk mencapai misi dan visi. Perkara ini perlu di ambil berat oleh mana-mana Ketua Jabatan bagi memastikan pekerja tidak mengalami kemurungan akibat dari tekanan bekerja.

Bimbingan dan contoh yang baik dari pihak atasan amat perlu bagi memberi semangat kepada pekerja di bawah pimpinannya. Seperti keselesaan tempat bekerja, kemampuan menjalankan bebanan kerja yang berlebihan akibat pertambahan core bisnes JKR yang semakin bertambah, pembahagian tugas yang sama rata, dan sebagainya.

Adakah terdapat cara yang lebih efisyen untuk menyelesaikan isu ini?

Adakah wajar penambahan kakitangan kumpulan pelaksana dilakukan bagi mengurangkan bebanan kerja yang semakin bertambah memandangkan penambahan kumpulan pengurusan dan professional yang semakin bertambah?

Sekian, Terima Kasih

in Human Resource Management 3,770 points
0

Saya yakin JKR tidak terkecuali dalam perlaksanaan Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam dimana kajian perjawatan dan pengurangan satu peratus (1%) perjawatan sektor awam negeri mahupun persekutuan.

Maka, cadangan pertambahan bilangan pegawai kumpulan pelaksana dan kumpulan pengurusan dan profesional pasti akan ditolak oleh pihak berkuasa tertentu.

1 Answer

3 votes

Satu persoalan yang sangat menarik dan benar....

Pada pendapat saya kita perlu amalkan konsep always starts the day with the task we like and love to do the most. Moga segala tugas dimulakan akan menjadi kick starter untuk menjanakan output yang lebih jati dan jitu. Disamping itu kita juga perlu senantiasa berkonsepkan "do what we love and love what we do", nescaya dengan konsep sedemikian besar kemungkinan kita tidak mudah terasa jemu dan hilang tumpuan dalam tugasan harian. Bagitu juga peningkatan terhadap core business, ia perlu mengamalkan konsep pemilhan melalui tapisan demi menlantik pegawai yang berminat ke dalam oganisasi tersebut supaya minat mereka terhadap tugasan harian itu akan menjana output yang lebih baik.

Balik pada soalan tambahan kakitangan kumpulan perlaksana untuk mengatasi beban kerja yang kian bertambah, satu kaji selidek yang menyeluruh harus dilaksanakan demi mendapat satu penyelesaian yang menyeluruh. Disamping itu pihak atasan perlu mengambil tindak untuk memastikan peningkatan kompitensi kumpulan perlaksana ini sentiasa dipupuk dengan betul melalui pelan tindakan transformasi yang menyeluruh kerana mereka merupakan lapisan utama untuk menjana output diperingkat awal dan segala dilaksanakan mereka harus menepati keperluan amalan dan spesifikasi yang betul memandangkan kedudukan mereka disesuatu tempat berkerja itu akan lebih lama berbanding dengan kumpulan P & P.

Akhir kata kini sudah tiba masa untuk mengadakan satu market survey yang menyeluruh demi mengatasi masalah tersebut. Jika boleh adakan satu dialogue khas dikalangan pihak atasan dengan kumpulan perlaksana demi mendapat satu feed back yang lebih jelas demi memperhalusi perancangan yang total untuk mencapai matalamat tersebut.

39,750 points
1

Sy setuju dengan dengan konsep "do what we love and love what we do" yes . Terima kasih atas perkongsian Tn @TanCK.

1
Terima kasih atas pendapat dan keprihatinan pihak tuan berkenaan isu ini. Kerjasama yang baik di antara pihak atasan dan kumpulan pelaksana amat dihargai.
...