search
Log In
3 votes
24 views
Sekiranya pihak JKR Daerah menerima aduan berkaitan pokok mati / tunggul yang memerlukan perkhidmatan Jentera Skylift, adakah kerja-kerja ini boleh dilaksanakan oleh pihak konsesi jalan persekutuan melalui Kerja Kecemasan? Berdasarkan skop kerja kecemasan dalam perjanjian, hanya dinyatakan tuntutan kepada Pokok Tumbang sahaja sahaja boleh dibuat tuntutan.
in Infrastructure 420 points 1 4 10

1 Answer

2 votes

Kerja menebang pokok mati atau tunggul adalah bukan dibawah skop kerja konsesi. Ini adalah antara kerja-kerja luar jangka yang berlaku dalam tempoh konsesi. Namun begitu, keadaan ini boleh dicadangkan seperti berikut:

  1. Membuat perolehan secara jabatan bagi menyewa skylift untuk menebang pokok dan menggunakan kakitangan sediaada di daerah bagi pelaksanaan kerja.
  2. Membuat sebutharga bagi kerja tersebut dan lantikan terus boleh dibuat sekiranya nilai kerja di bawah RM20,000 dan boleh melantik kepada konsesi sekiranya terdapat kemampuan konsesi kepada kerja tersebut.
  3. Memasukkan elemen tebang pokok dalam Arahan Kerja pada kontrak konsesi masa akan datang dengan melihat keperluan berlakunya kerja seperti itu kelak.
6,980 points 2 17 54
...