search
Log In
4 votes
71 views
Adakah ini akan menyukarkan mereka jika dipanggil untuk temuduga kenaikan pangkat ke Jurutera jika kurang pendedahan dan pengalaman dalam bidang teknikal, mohon pencerahan?
in Human Resource Management 4,030 points 3 5 10
1
Sebenarnya, dalam JKR ni di mana mana juga Tuan bertugas, pihak Tuan ada peluang untuk belajar mengenai hal hal Teknikal.

3 Answers

4 votes
 
Best answer

Pada pandangan saya, adalah penting setiap Penolong Jurutera perlu melibatkan diri secara langsung ataupun tidak langsung dalam bidang teknikal. Walaupun tuan baru berada di dalam bidang bukan teknikal sekalipun, ianya tidak bererti pihak tuan tidak boleh melibatkan diri dalam bidang teknikal.

Sebagai contoh, tuan boleh mendapat pendedahkan awal berkaitan bidang teknikal dengan melibatkan diri dengan unit - unit di dalam bahagian / cawangan tuan secara tidak langsung. 

Sekiranya jawapan ini masih tidak menepati citarasa tuan, mohon tuan mendapat pencerahan dengan pegawai atasan tuan selanjutnya.

Semoga terus sukses di tempat baharu tuan.

620 points 1 1 5
selected by
1
Terima kasih atas maklumbalas tuan berkenaan soalan yang diajukan.
3 votes
Pada pandangan saya, adalah penting setiap Penolong Jurutera perlu melibatkan diri secara langsung ataupun tidak langsung
620 points 1 1 5
3 votes
Pada pandangan saya, pengalaman dalam bidang teknikal adalah penting dalam urusan temuduga dan pengisian kekosongan bagi jawatan Jurutera. Walaubagaimanapun, ilmu berkaitan bidang bukan teknikal juga penting dan boleh digunakan semasa berada di jawatan kanan/penyelia nanti. Tuan/puan boleh mengambil peluang dan ruang melibatkan diri dalam aktiviti jabatan seperti menghadiri mesyuarat tapak, lawatan teknikal, kursus teknikal anjuran CREaTE, program mentor menti dan sebagainya.
17,160 points 26 61 120
1
Terima kasih tuan atas maklumbalas berkenaan perkara yang diutarakan.
...