search
Log In
5 votes
57 views

Adakah telah menjadi amalan dan tanggungjawab untuk semua PP atau wakil PP memaklumkan kepada pihak kontraktor berkaitan dengan Surat Arahan KPKR Bil. 2/2011 perihal Garis Panduan Pengurusan Lukisan Siap BIna supaya penyediaan lukisan terbina itu akan lebih tepat dan kemas untuk dijadikan rujukan demi memudahkan proses penyenggaraan semua Aset Tak Alih?

in Procurement Management 43,480 points 103 180 306

2 Answers

6 votes
Salam sejahtera,

Saya amat bersetuju dengan pendapat tuan berkenaan penyediaan lukisan siap bina yang tepat dan kemas. Salah satu salinan lukisan siap bina projek yang telah disemak dan diluluskan perlu diedarkan kepada unit senggara bagi memudahkan kerja senggaraan dijalankan sekiranya terdapat aduan bagi bangunan atau jalan yang telah tamat tempoh liabiliti kecacatan.

Lukisan siap bina bagi semua projek perlu disimpan dengan baik bagi memudahkan kerja membaikpulih dan menaiktaraf projek-projek tersebut dijalankan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.
4,590 points 11 24 32
4 votes
Bahagian Forensik Struktur dan Bahagian Rehabilitasi dan Konservasi Struktur CKAS sentiasa menghadapi masalah apabila perlu merujuk lukisan terbina bagi mengkaji keadaan struktur untuk tujuan pembaikan, rehabilitasi atau menaik-taraf sesuatu bangunan. Pada masa kini, lukisan terbina utk bangunan yang siap tidak sampai 10 tahun pun tidak boleh dicapai, walaupun Surat Arahan KPKR tersebut telah lama dikeluarkan. Adalah diharap, pegawai-pegawai yang terkini adalah lebih peka terhadap APKPKR ini dan seterusnya masalah ini dapat dibendung.
45,530 points 22 91 219
...