search
Log In
7 votes
31 views
Sedia maklum, terdapat JKR Negeri kurang melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di negeri masing-masing. Apakah program yang sesuai dijalankan CSR oleh JKR Negeri?

Adakah pelaksanaan kerja secara jabatan boleh dianggap salah satu program CSR JKR?
in Stakeholders Management 15,870 points

2 Answers

4 votes

Sekadar memberi pandangan dan cadangan.....

Pada pendapat saya CSR itu memang penting untuk dijadikan satu platform untuk mempamerkan keprihatinan pihak JKR selaku satu agensi bukan sahaja menjadi champion agensi teknikal dalam isu pembinaan dan penyenggaraan bah juga menjadi satu agensi yang ingin menyumbang dan menjalin hubungan erat dengan rakyat biasa. Dengan adanya platform ini sudah pasti JKR akan berpeluang berinteraksi dengan lebih rapatnya dengan rakyat dan orang awam, disamping itu JKR juga berkesempatan untuk meningkatkan imej dan persepsi sebagai satu agensi yang unggul dan cakap dalam semua aspek.

Maka adalah sangat sesuai untuk JKR Negeri melaksanakan program ini memandangkan mereka kerap dan senantiasa perlu berhadapan dengan rakyat setempat. Susulan kepada perlaksanaan program CSR ini sudah pasti hubungan JKR Negeri dengan orang awam akan meningkat kesatu tahap yang akan memudahkan urusan kerja harian mereka terutamanya perihal kepuasan pelanggan dan isu penyelesaian aduan.

39,250 points
2 votes
Pelaksanaan kerja secara jabatan adalah kaedah pelaksanaan kerja dan pada pandangan saya tidak termasuk sebagai program CSR sekiranya ianya termasuk di dalam program pembangunan atau penyelenggaraan pejabat tersebut.

Pada hemat saya, CSR adalah aktiviti yang dijalankan secara sukarela demi memperbaiki keadaan komuniti disekitar disamping menjana imej yang baik kepada kominiti di sekitar.
37,130 points
...