search
Log In
2 votes
44 views
Adakah keperluan bagi item Telefon Tetap untuk Pegawai Penguasa dalam Preliminaries masih relevan?
in Contract Management 300 points

2 Answers

1 vote
Keperluan kemudahan telefon masih lagi relevan dan penting bagi melancarkan urusan kerja-kerja pembinaan di tapak. Kemudahan ini membolehkan urusan komunikasi Pegawai Penguasa atau Wakil Pegawai Penguasa dengan pihak-pihak lain seperti Kontraktor, Pasukan Design (HODTs), Pihak PBT dengan lebih cepat dan efektif.
Kontraktor akan menghargakan item kemudahan telefon ini di BQ - part Kerja Awalan dan menguruskan urusan pembekalan telefon sementara di tapak dengan pihak TELEKOM.

Pada pandangan saya, kemudahan telefon tetap untuk pegawai penguasa ini masih lagi relevan, sama penting seperti kemudahan pejabat pegawai penguasa di tapak bina dan kemudahan Elektrik serta bekalan Air.

Sekian.
2,980 points
1 vote
Boleh dikaji semula atas keperluan tersebut dengan kehendak sekarang. Jika melibatkan penempatan sepenuhnya di dalam pejabat tapak dan masih ada yang boleh mengangkat setiap panggilan elok diteruskan. Namun begitu, jika melihat dengan keadaan semasa penggunaan secara mudah alih adalah lebih diutamakan dan penghantaran maklumat menjadi lebih cepat dengan adanya pembekalan internet kepada telefon tersebut. Keperluan telefon tetap di dalam prelime boleh diubah dari masa ke semasa dan tiada permasalahan jika perubahan boleh dibuat. Banyak skim dibuat oleh pembekal telekomunikasi dengan menyediakan khidmat panggilan tanpa batasan dan internet yang besar dan menjadi keutamaan pada generasi masa kini yang memerlukan segala maklumat cepat dan diterima pakai.
5,110 points
...