search
Log In
5 votes
73 views
Dalam pengisian site diary, siapa sebenarnya dipertanggungjawab untuk mengisi?
in Contract Management 200 points

2 Answers

4 votes
 
Best answer

Sekadar berkongsi......

Jika kita merujukan kepada Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Kerja Raya - Item 9.6 Rekod Tapak Bina, ia telah dengan jelasnya menyatakan pegawai dari kalangan PP yang perlu mengisi Buku Harian Tapak. Oleh kerana segala catitan akan dijadikan rujukan penting perihal tuntutan dan EOT maka kandungannya perlu disemak dan dipersetujui oleh wakil kontraktor dan diturunkan tandatangan setiap penghujung hari. Buku Harian Tapak itu juga harus disimpan dengan rapinya di pejabat PP dan perlu dijaga dengan baiknya oleh wakil PP.

39,250 points
selected by
1
Terima kasih TanCK. Saya mengutarakan persoalan ini kerana ada diantara kita meminta pihak kontraktor untuk mengisi Buku Harian Tapak.
3
Mungkin ramai dikalangan kita tidak "aware" untuk merujuk kepada Buku Panduan tersebut dalam urusan pentadbiran kontrak.
0

Terima kasih Tn @TanCK atas perkongsian yes

1
Isu kalangan PP meminta pihak kontraktor untuk mengisi Buku Harian Tapak termasuk pengisian borang SPB memang ada. Kesannya ada baik juga sebab terutama persediaan menghadapi Lawatan Auditor SPB malah pada masa kini, Penolong Jurutera dan Jurutera perlu melakukan pelbagai tugasan dan perlu berkemahiran serta tidak terhad kepada pelaksanaan projek di tapak sahaja.
3 votes
Maaf berkenaan dgn pemahaman berkenaan site diary.

Untuk projek reka dan bina, buku harian tapak perlu dilengkapkan oleh pihak kontraktor/perunding. Peranan JKR dalam projek D&B adalah lebih kepada aspek pemantauan dan penyelarasan bukan pengawasan.

Tanggungjawab JKR juga adalah memastikan pematuhan sistem kualiti di tapak dilaksanakan oleh pihak kontraktor dengan membuat audit secara berkala.
Jika dirujuk perkara 29.0 dalam dokumen kontrak. Di bawah Need statements dan government requirements ada menerangkan tanggungjawab kontraktor berkenaan site diary ini.
1,760 points
edited by
0
Betul tuan..bagi projek Reka & Bina, tanggungjawab mengisi dan menyedia site diary adalah di bawah tanggungjawab kontraktor sepertimana di nyatakan di dalam dokumen kontrak.
...