search
Log In
4 votes
30 views
Adakah perlu untuk NSC menetapkan tempoh kerja di dalam tender? Jika perlu bagaimana untuk menetapkan tempoh mula kontrak NSC?
in Contract Management 250 points

2 Answers

2 votes
 
Best answer
Bagi soalan pertama boleh rujuk borang JKR 203N1 Pind. 2007 yang mana NSC perlu meletakkan tempoh mula Kerja daripada Arahan Rasmi Kontraktor Utama dan perlu menyatakan tempoh penyiapan keseluruhan kerja.

Bagi soalan kedua Kontraktor Utama perlu meletakkan Milestone di dalam program kerja kontraktor bagi permulaan Kerja NSC supaya aliran Kerja Kontraktor Utama tidak terganggu pada peringkat permulaan projek. Setelah itu, Kontraktor Utama perlu membuat penyelarasan setelah menerima program Kerja daripada NSC. (Boleh rujuk Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Edisi Ketiga pada para 9.4.2)
5,110 points
selected by
1 vote
Perlu supaya jadual kerja NSC tidak melebihi jadual yang ditetapkan oleh Kontraktor Utama.
Semasa proses tender, PIC projek yang memangil tender telah membuat anggaran tempoh siap kontrak NSC didalam Arahan Petender NSC. Pemakluman tarikh siap kerja kontraktor utama juga dinyatakan didalam Borang JKR203N seperti didalam Dokumen Meja Tender (DMT).  Berdasarkan tarikh siap kontraktor utama ini, Kontraktor (NSC) boleh membuat pengiraan tempoh siap kerja NSC.
17,890 points
...