search
Log In
5 votes
31 views
Kakitangan berjawatan "Negeri" JKR Terengganu tidak disarankan memenuhi kehadiran 5 hari berkursus bagi tahun semasa 2019 memandangkan kekangan kewangan semasa Kerajaan Negeri.

Pemantauan kehadiran kursus melalui sistem online mengambilkira kakitangan Persekutuan dan Negeri dan ini akan menyebabkan peratus kehadiran keseluruhan menjadi rendah.

Mohon pencerahan.
in Human Resource Management 240 points

3 Answers

3 votes
 
Best answer
Sangat bersetuju dengan saranan Ir Azudin.
Sebagai anggota KKR/JKR yang bertugas sebagai Kader di KPM (Politeknik), memastikan kehadiran kursus yang berkaitan dengan kemahiran teknikal adalah amat tipis kerana kursus yang direka oleh KPM lebih menjerumus kepada KPI Kementerian tersebut. Jadi apa yang dilakukan adalah latihan teknikal bercorak dalaman yang mana lebih kepada perkongsian pengalaman dikalangan anggota sendiri. Sebagai contoh mengadakan kursus penyediaan senarai bahan, kursus tatacara kewangan, pemahaman terhadap spesifikasi dan sebagainya.
Paling penting (untuk kes di negeri) Bahagian Pengurusan Korporat (BPK) di negeri perlu lebih peka dengan mereka kursus yang boleh diadakan dengan percuma. sebagai contoh, semasa di JKRNS pihak BPK NS telah berunding dengan SUK NS untuk mengadakan kursus teknikal secara usahasama dimana JKRNS menyediakan penceramah (Jurutera JKR yang berpengalaman) dan pihak SUK NS menyediakan tempat dan hidangan. Sebagai balasan JKRNS dapat koata untuk 50% jumlah peserta dan Jabatan teknikal di bawah SUK mendapat 50% dari peserta. (kaedah menang-menang). Antara kursus yang dianjurkan ketika itu adalah 1. Penyeliaan tapak  2. Tatacara perolehan 2. Keselamatan Tapak bina.

Untuk mengatasi masalah kakitangan yang sukar berkursus atas berbagai alasan yang perlu dipertimbangkan, kursus yang lebih santai berupa lawatan teknikal juga boleh diadakan.   Selain itu konsep pusingan penceramah antara daerah juga boleh diadakan. Ini bermakna setiap daerah merancang satu jenis kursus yang bersesuian supaya tiada kesan besar untuk memenuhi keperluan tersebut.
30,610 points
selected by
5 votes
Untuk meningkatkan kehadiran kursus pegawai tanpa bebanan kewangan adalah dengan cara membuat perkongsian ilmu secara berkala dan mendaftar majlis perkongsian ilmu di dalam sistem. Pada pandangan saya, banyak perkara dan tajuk boleh dijadikan sebagai bahan perkongsian ilmu tidak kira samada ianya melibatkan ilmu teknikal ataupun ilmu yang pengetahuan am.
Perkara ini telah dipraktikkan di pejabat saya dan berjaya meningkatkan semangat perkongsian ilmu.
37,130 points
1 vote

Untuk makluman, penjawat awam boleh mengambil kursus secara online seperti E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA), https://www.epsa.gov.my/. Setalah sijil EPSA dikeluarkan, perlu upload dan catat di dalam Sistem Latihan JKR..

Pada masa yang sama, sharing knowledge antara staff jug boleh diambil kira sebagai latihan..

Sekian, terima kasih

17,890 points
...