search
Log In
3 votes
32 views
Terdapat kontrak R&B pembinaan jalan sedang berjalan termasuk skop pemasangan lampu jalan dan traffic light.  Kontrak asal tiada kadar harga terperinci item lampu jalan & traffic light.  Sekarang terdapat cadangan tambaham jarak pembinaan jalan tersebut berbanding kontrak asal. Bagaimana kaedah terbaik untuk menyemak kadar harga tambahan item lampu jalan dan traffic light tersebut?
in Contract Management 420 points

1 Answer

3 votes
Terdapat beberapa situasi bagi skop kerja tambahan ini termasuklah kepada kerja yang dibangkitkan iaitu tambahan kerja bagi pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat.

Situasi 1

Sekiranya skop kerja tersebut ada dinyatakan jelas di dalam Contract Sum Analysis atau Contract Schedule Of Rate, pertambahan skop kerja tersebut boleh berpandukan kepada maklumat tersebut seperti yang dinyatakan di dalam PWD FORM DB (Rev1/2010) fasal 24.1.

Situasi 2

Sekiranya pertambahan skop kerja baru lebih jelas berbanding pernyataan skop kerja asal secara am, PD perlu membuat tindakan pelaksanaan penilaian kepada kerja tersebut (skop kerja asal) bersama pihak Kontraktor (boleh rujuk Garis Panduan Pengurusan Pembinaan Projek Reka dan Bina para 11.2.3) dan pihak Kontraktor perlu mengisi borang KPK dengan mengemukakan dokumen diperlukan (drawing/perkiraan/dokumen sokongan) rujuk para 11.2.4 dan pelarasan perlu dibuat.

Situasi 3

Sekiranya kerja pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat sebagai Provisonal Sum, arahan kepada Kontraktor perlu dibuat oleh PD dan kontraktor perlu menyediakan dokumen lengkap kepada kerja tersebut berdasarkan kepada kos yang dinyatakan.

Harap dapat membantu.
5,110 points
...