search
Log In
3 votes
54 views
Bagaimana hendak menjawab soalan masyarakat yang menuding jari pada kakitangan JKR yang "tak buat kerja"......"tido"...dalam isu jalan rosak....

Dan bagaimana kita nak menjelaskan bahawa jalan itu adalah bukan dibawah penyelengaraan atau seliaan pihak JKR....
in Technical & Contract Admin 560 points

1 Answer

2 votes

JKR Daerah khususnya perlu mengambil peluang dan ruang untuk bekerjasama dengan Pejabat Daerah Dan Tanah menganjurkan satu program melibatkan Pengerusi Dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setiap kawasan (yang sebelum ini dikenali sebagai JKKK/JKKKP) untuk menerangkan JKR Daerah merupakan agensi pelaksana kerja sahaja (sekiranya peruntukan kementerian/pelanggan/YB/agensi kerajaan disalurkan kepada JKR Daerah) secara jelas kepada Jawatankuasa MPKK yang dilantik memandangkan ramai muka baru dalam organisasi tersebut dan kurang arif berkenaan fungsi agensi kerajaan.

Dalam Program bersama MPKK juga boleh diselitkan slide menerangkan Senarai Jalan Negeri dan Jalan Persekutuan yang diselia oleh JKR Daerah.

16,620 points
edited by
...