search
Log In
4 votes
91 views
Ada individu yang jenis mengambil peluang apabila bos tiada di pejabat, maka dia juga turut hilang. Bila dilihat dari sistem etass, ada rekod masuk dan rekod keluar. Cuti juga tidak berusik. Hal dosa pahala kita tidak mahu bangkitkan disini.

Mohon pencerahan/pendapat bagaimana kita sebagai rakan sekerja atau tindakan yang boleh diambil oleh pihak yang bertanggungjawab untuk memantau sekaligus mengatasi keadaan ini. Kalo sehari dua mungkin benda yang boleh dimaafkan kerana betul-betul ada hal, tapi kalo saban hari sakit mata juga.

#kenahusnuzonsetiapmasakatanya
in Human Resource Management 210 points

2 Answers

5 votes
 
Best answer

Antara langkah awal yang boleh diambil :

  1. Ketua Unit/Bahagian bertanggungjawab mengeluarkan surat arahan kepada pegawai berkenaan supaya berjumpa Pegawai AKRAB Jabatan/Pegawai Psikologi Jabatan di peringkat awal.
  2. Mengesyorkan memasang sistem pemantauan kamera litar tertutup CCTV atau mini kamera (tempat tersembunyi) di setiap bahagian terlibat untuk merakamkan pergerakan pegawai keluar masuk (sebagai bahan bukti) untuk penyediaan laporan ketiadaan pegawai di tempat kerja kepada ketua unit/bahagian yang terlibat untuk tindakan selanjutnya.
  3. Mengesyorkan supaya pegawai berkenaan ditukarkan ke jabatan lain sebelum sikap pegawai berkenaan bertambah buruk.
  4. Mengesyorkan menggunapakai Borang Keluar Pejabat mengikut kehendak Perintah Am 5 Bab G untuk kebenaran meninggalkan pejabat tidak kurang dari 4 jam pada hari berkenaan.
16,640 points
selected by
2 votes

Peringatan yang baik untuk semua penjawat awam. Info lanjut boleh dirujuk @ Perintah Am Bab D.

36,820 points
...