search
Log In
3 votes
41 views
Kebanyakan projek di daerah mengalami masalah dengan pihak utiliti seperti TNB dan PAIP Pahang. Antara masalah yang dihadapi adalah keputusan dan komen lukisan pembinaan yang tidak konsisten sehingga mengganggu kemajuan pembinaan dan aktiviti di tapak dan tidak mendapat kerjasama yang baik daripada pihak utiliti. Mohon pihak pengurusan mengkaji cara untuk mengatasi masalah ini.
in Project Management 150 points

2 Answers

2 votes
Untuk perkara ini memang akan terjadi di mana-mana negeri. Namun ada cadangan yang mana perbincangan penyelarasan kerja boleh dibuat oleh Pengarah Negeri atau Bahagian Bangunan atau Jalan untuk skop ini. Kebiasaaan TNB dan Syarikat Air ada prosedur mereka yang tersendiri dan JKR boleh selaraskan prosedur tersebut mengikut kesesuaian norma kerja JKR. Ini termasuk langkah-langkah yang mesti dipatuhi oleh JKR sebelum membuat permohonan atau sebagainya sebelum melaksanakan kerja.

Setelah pelarasan dibuat, JKR Negeri perlu membuat hebahan kepada semua daerah-daerah supaya pelarasan yang dipersetujui dapat dibuat tindakan sebaiknya bagi kerja-kerja di setiap daerah. Puan boleh mengajukan perkara ini di Mesyuarat Pengurusan JKR Negeri masing-masing dan kebiasaan tindakan telah ada cuma sebilangan tidak tahu makluman tersebut. Semoga pandangan memberi manfaat bersama. Terima kasih.
6,210 points
0

Terima kasih Tuan @mhafizs atas perkongsian bermanfaat yesyesyes

0 votes
Pihak utiliti dilihat sering membuat perubahan ulasan terutama semasa fasa pembinaan. Antara sebab adalah, pertukaran pegawai pihak utiliti, perubahan scheme meter dan sebagainya..

Pihak HODT bertanggungjawab untuk mendapatkan ulasan dan pengesahan dari pihak utiliti semasa proses rekabentuk..
Semasa proses pembinaan, saya berpendapat SO perlu memainkan peranan untuk membuat pengesahan @ Penyelarasan bersama pihak utiliti sebelum bangunan pencawang atau skim meter dipasang di tapak. Ini bagi mengurangkan VO di tapak bina..

Tq
18,150 points
...