search
Log In
2 votes
23 views
Pemeriksaan tapak di dalam rezab jalan JKR mendapati terdapat struktur papan tanda iklan yang telah dipasang pada lokasi jejantas tanpa mendapatkan kelulusan dan kebenaran daripada pihak KKR, PBT atau lain-lain agensi. Pihak JKR Daerah bercadang untuk menanggalkan struktur tersebut memandangkan tiada kelulusan diberi.

Walaubagaimanapun, berlaku kesukaran memandang struktur papan tanda iklan tersebut tidak diletakkan sebarang no.telefon untuk dihubungi bagi tujuan pengiklanan (No. telefon pemilik papan tanda). Jadi, apakah tindakan yang sesuai boleh dilaksanakan di peringkat JKR Daerah?.
in Assets & Facilities Management 270 points

1 Answer

2 votes
Boleh kemukakan ke PBT daerah tersebut untuk menyemak papan tanda iklan tersebut. Sekiranya tiada maklumbalas menyatakan papan iklan tersebut bukan perhatian PBT berkenaan selepas satu bulan, langkah perobohan atau mencabut papan tanda iklan tersebut boleh dilaksanakan. Sila rujuk prosedur perobohan papan tanda iklan di KKR.
6,190 points
...