search
Log In
3 votes
34 views
Dalam Fasa Perancangan untuk Projek Design & Build (D&B), Pihak HODT perlu mengemukakan anggaran Kos bagi kos penyelenggaraan.

Adakah keperluan kos Penyelenggaraan diperlukan untuk projek D&B kerana selepas penyerahan projek, pihak kontraktor termaktub dengan DLP untuk sebarang pembaikan.

Sekiranya kos penyelenggaran ini perlu dimasukan, element apa yang perlu diambilkira untuk dimasukan didalam skop penyelenggaraan.
in Cost Management 18,150 points

1 Answer

4 votes
Adalah menjadi kewajipan pihak HODT mengemukakan anggaran kos penyelenggaraan terutamanya kepada alatan mekanikal dan elektrikal. Ini adalah penting dalam membuat anggaran kepada kadar harga yang akan dimasukkan oleh kontraktor di dalam proses tender. Meskipun di peringkat DLP segala penyelenggaraan di bawah tanggungjawab kontraktor, kita mesti ambil tahu segala peralatan yang disediakan mestilah tertakluk kepada penyelenggaraan. Ini merujuk kepada Preventive Maintenance yang mana ada peralatan perlu diselenggara secara berkala dan kos ini perlulah dikemukakan oleh pihak HODT. Bagi kes Breakdown Maintenance, ini adalah tanggungjawab kontraktor yang mana sekiranya peralatan yang disediakan tidak berfungsi dengan baik atau kerosakan tidak dijangka atau dijangka, tanggungjawab menggantikan atau penambaikan perlulah dilaksanakan oleh pihak kontraktor itu sendiri tanpa melibatkan kos yang dianggarkan oleh pihak HODT.
Semoga bermanfaat. Terima kasih.
6,210 points
0
Boleh saya tahu kenapa kaedah konvensional dalaman tiada item penyelenggaraan di dalam kos pda?
0
Antara contoh mudah adalah merujuk kepada syarat kontrak Reka dan Bina Klausa 52 memang memerlukan penyelenggaran tetapi pada 203A tiada klausa spesifik perkara penyelenggaraan.
...