search
Log In
8 votes
93 views

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Saya memohon pencerahan berkaitan lukisan piawai (PAP) yang digunakan oleh JKR. Seringkali dilihat masih terdapat kekurangan dan kelemahan lukisan piawai sediada dan masalah yang sama sering berulang. 

Adakah urusetia lukisan Piawai (PAP) maklum sebarang perubahan yang berlaku di tapak? Adakah two-way communication berlaku di antara cawangan-cawangan yang terlibat contoh pihak CPAB setiap tahun akan mengumpulkan lesson learnt dari JKR Negeri dan Cawangan yang melibatkan semua disiplin dan antara topik utama yang akan dibangkitkan adalah percanggahan lukisan piawai (bagi projek yang mempunyai lukisan piawai). 

Adakah perkara tersebut dipanjangkan kepada Urusetia Lukisan PAP. Kadang-kadang ia menjadi masalah apabila perkara ini pernah dibangkitkan tetapi mungkin maklumat tidak sampai. 

Kami juga yang berkhidmat di daerah mengharapkan satu saluran yang lebih mudah agar isu ini tidak berbangkit lagi dan masalah ini tidak berulang bagi JKR lain yang menggunakan lukisan piawai yang sama kerana ia boleh menyebabkan pertambahan kos, kelewatan kerja di tapak. 

Mohon pencerahan tuan/puan yang lebih arif.

in Miscellaneous 470 points

2 Answers

4 votes

Sekadar memberi pandangan.....

Sebelum kita bincang perihal penyediaan Lukisan Piawai harus kita kaji dengan teliti proses penyediaannya dan pihak mana yang sepatutnya terlibat serta perlu menyumbang kepada pembentukkan lukisan tersebut. Ada beberapa isu-isu penting dan harus diambil perhatian ketika penyediaan lukisan tersebut:-

  1. Perincian semua lukisan itu harus mengambilkira sudut rekabentuk, constructability, maintainability dan keberkesanan perincian serta syor cadanagn penggunaan bahan.
  2. Kepakaran dan kecekapan kontraktor dipasaran.
  3. Pemilihan wakil AJK yang dilantik harus merangkumi wakil dari pihak rekabentuk, pihak SO, pihak senggara dan pihak HOPT yang berpengalaman dari kalangan JKR dan pihak perunding supaya semua "market player" akan merujuk dan menggunakan piawaian yang sama. Dengan dasar dan konsep sedemikian sudah pasti outputnya akan konsisten dan kualiti serta kos pembinaan akan turut menjadi lebih "market friendly".
39,780 points
2 votes
Ada kemungkinan juga bahawa terdapat lukisan yang telah ditambahbaik, namun capaian lukisan tidak dapat di buat dengan baik. Kemungkinan masalah document control perlu diberi perhatian, agar hanya lukisan terkini sahaja yang digunakan.
38,460 points
...