search
Log In
2 votes
44 views

Pasukan projek kami terlibat dengan kerja-kerja pembinaan telaga tiub memandangkan kawasan projek ini tidak mempunyai bekalan air dari PAIP. 

Walau bagaimanapun, pihak kami tidak berpengalaman di dalam melaksanakan kerja-kerja ini. adakah mana-mana cawangan/JKR Negeri/JKR Daerah yang pernah melaksanakannya? 

Adakah JKR mempunyai Spec bagi kerja-kerja ini? Adakah JKR ada anggaran kos untuk dirujuk? pelaksanaan kerja-kerja pembinaan telaga tiub ini perlu siap sepenuhnya sehingga proses filtration kerana bukan semua kontraktor ada kepakaran sehingga ke proses itu. 

Ini menjadi kesukaran kami kerana tiada rujukan dan hanya bergantung kepada spec yang diberikan oleh kontraktor kerana dia berpengalaman membuat telaga tiub bagi SPRITZER dan lain-lain. Adakah ia boleh digunapakai tanpa perlu sebarang rujukan dari JKR?

in Miscellaneous 470 points

1 Answer

1 vote
 
Best answer
Pihak Puan boleh terus berhubung ke Jabatan Mineral dan Geosains Negeri tempat puan untuk mendapatkan pandangan dan tunjuk ajar kerana JMG biasa terlibat dari peringkat awal lagi berkenaan kaji bumi.

Buat masa ini tiada Spesifikasi tetap berkenaan tubewell ini namun dari laporan-laporan teknikal yang telah dijalankan JMG sedikit sebanyak dapat membantu dalam membuat keputusan Pasukan Projek JKR.

Pihak JMG boleh membantu dalam menentukan kawasan berpotensi tubewell, cara pengendalian kerja, penentuan kualiti air bawah tanah dan sebagainya.

Semoga bermanfaat.
6,190 points
selected by
...