search
Log In
2 votes
58 views
JKR Daerah hanya mempunyai seorang Penolong Jurutera Elektrik (JA29) yang perlu memantau projek dan juga kerja-kerja sebutharga termasuk kerja-kerja penyelenggaraan bangunan kerajaan.

Apa yang dilihat tenaga kerja yang tidak mencukupi menyebabkan beliau sering mengalami pertindihan dalam menyiapkan tugasan atau kerja-kerja berkaitan.

Adakah sebarang alternatif bagi membantu PJE di JKR Daerah agar pelaksanaan kerja lebih teratur kerana beliau terpaksa menggunakan waktu malam untuk menyiapkan laporan kerana jarak lokasi yang jauh mengambil masa di siang hari.

Beliau juga terpaksa menggunakan waktu hujung minggu untuk datang bekerja sedangkan peruntukan bagi TNT dan kerja lebih masa terhad kerana beliau butiran persekutuan.

Saya sebagai pegawai atasan beliau berasa tidak adil dengan perkara sebegini. Mohon perhatian atau sebarang alternatif dari pihak yang lebih pakar.
in Human Resource Management 470 points

1 Answer

3 votes
 
Best answer

Untuk makluman tuan, tidak semua JKR Daerah mempunyai perjawatan Penolong Jurutera Elektrik Gred JA29. Walaubagaimanapun skop kerja berkaitan elektrik di Daerah berkenaan akan dibantu oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri berkenaan yang mempunyai kepakaran khusus dalam kejuruteraan elektrik.

Selain itu, pihak tuan boleh membangkitkan isu ini ke dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) JKR Negeri atau Mesyuarat Jurutera Daerah JKR Malaysia untuk tujuan penyeragaman dan penyusunan semula skop kerja PJE di JKR Daerah tuan.

Kaedah ketiga, pihak tuan boleh mencadangkan kaedah penambahbaikan/cadangan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) peringkat JKR Negeri tuan.

Sekiranya kaedah di atas, tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, pihak tuan boleh juga mengemukakan permohonan pertambahan perjawatan PJE secara kontrak atas tujuan keperluan mendesak dan bagi mengimbangi semula bebanan tugas PJE sedia ada ke peringkat pihak pengurusan JKR Negeri untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya. 

16,640 points
selected by
...