search
Log In
2 votes
64 views
Berdasarkan data BoreHole yang telah diperolehi, berapakah sela jarak yang sesuai untuk melaksanakan ujian BoreHole bagi sesuatu projek jalan?
in Geotechnical 300 points

2 Answers

2 votes
 
Best answer

Bagi mana-mana projek pada hakikatnya tiada ketetapan khusus sela jarak bagi setiap BoreHole (BH) dilaksanakan. Namun begitu, beberapa pendekatan boleh dibuat berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti bentuk muka bumi, keseragaman tanah, jenis tanah dan sebagainya. Untuk projek jalan pihak Puan boleh mengambil pendekatan seperti berikut:

  1. Bagi Projek Lebuhraya dicadangkan sela BH dalam lingkungan 60m-600m (bergantung kepada pembentukan geologi tanah samada rata, tidak rata, berbukit, gambut, tanah lembut (clay) atau berbatu kapur)
  2. Bagi projek jalan merintasi jenis tanah yang sama, dicadangkan sela jarak BH dalam lingkungan 500m
  3. Bagi projek jalan merintasi jenis tanah yang komplek, sela jarak lebih rapat dicadangkan bagi mendapatkan 'soil profile' yang lebih tepat.
  4. Bagi projek jalan berbukit dicadangkan 3 BH dibuat iaitu pada puncak, tengah dan bawah cerun tersebut.


(Rujukan kepada PWD Geotechnical Engineering Handbook, page 3)

Semoga bermanfaat.

6,210 points
selected by
2 votes

Bahagian Siasatan Tapak, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik dalam peringkat akhir penyediaan garis panduan penyediaan skop kerja Penyiasatan Tanah (SI) untuk kelulusan MOF. Garis panduan ini bukan sahaja melibatkan BoreHole, malah turut melibatkan ujian-ujian penyiasatan tapak yang lain seperti Mackintosh Probe, GPR dan sebagainya. 

Penyediaan garis panduan terhasil daripada beberapa siri bengkel perbincangan bersama pakar geoteknik yang terdiri daripada pegawai JKR, wakil industri dan ahli akademik dari universiti tempatan Malaysia.

Dalam garis panduan tersebut telah dinyatakan keperluan umum untuk projek jalan adalah 2 BoreHole bagi setiap 1 (satu) kilometer. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kriteria lain juga mempengaruhi bilangan BoreHole yang diperlukan mengikut keadaan lokasi kawasan dan profile tanah projek tersebut.

620 points
...