search
Log In
5 votes
58 views
Bagimana kita nak mengenali Perunding mengikut bidang pengkhususan atau kepakaran mereka?
in Stakeholders Management 460 points

2 Answers

2 votes

Sekadar memberi pandangan.....

Sejajar dengan pengkhususan ikut bidang di JKR dan terwujudnya pakar atau SME, rasa saya seharusnya Perunding juga perlu diaggih ikut bidang seperti yang telah diamalkan kepada pihak kontraktor mengikut bidang kepakaran mereka. Dengan perlaksanaan sedemikian ia pasti akan memudahkan proses pemilihan dan lantikan supaya dapat menjaminkan output kualiti kerja yang optimum dan peranan yang harus dimainkan oleh pihak Perunding juga turut terjamin.

39,780 points
2 votes
Kepakaran bidang sesuatu syarikat perunding bukan bergantung kepada nama syarikat perunding tersebut. Sebaliknya kepakaran khusus perunding adalah bergantung kepada individu pakar yang terbabit dengan syarikat perunding tersebut.

Sebagai pegawai di JKR, kita seharusnya perlu mengenali individu individu ini dengan menggiatkan diri dengan aktiviti IEM, BEM dan lain-lain institusi. Selain dari itu, kita perlu juga peka dengan kertas kerja yang pernah dipersembahkan oleh individu-individu ini. Contohnya, sekiranya kita berada di dalam disiplin struktur bangunan, kita harus tahu nama nama individu ini dan cuba belajar dari mereka. Samalah jika kita terlibat di dalam geoteknik, cerun, geometrik jalan, pavmen, kejuruteraan air, BIM dan sebagainya.
38,460 points
...