search
Log In
1 vote
41 views
Mohon pencerahan berkaitan lantikan Contract of Services yang masih ada di JKR?

Sejauh mana kesahihan cadangan pihak JPA bahawa tiada lagi lantikan tetap dan berpencen sebaliknya lantikan kontrak yang akan ditambahbaik.

Adakah lantikan COS turut terkena tempias sedangkan perkhidmatan COS yang berbaki telah melebihi lima tahun? Tiada sebarang alternatif yang dapat diberi kepada COS yang tinggal?
in Human Resource Management 470 points

1 Answer

1 vote
Untuk makluman, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat pengambilan pegawai baru bagi jawatan Penolong Jurutera Awam Gred JA29 secara kontrak untuk ditempatkan JKR Pulau Pinang dalam menghadapi cabaran dalam pelaksanaan AP182.

Pihak tuan boleh mengemukakan permohonan cadangan bagi pelantikan jawatan Penolong Jurutera Awam Gred JA29 secara kontrak bersama dokumen berikut untuk perhatian  dan pertimbangan Kementerian Kerja Raya selaku Pihak Kuasa Melantik :

1) Justifikasi Keperluan

2) Deskripsi Tugas

3) Senarai / Maklumat Bilangan Projek (yang sedang dilaksanakan)

4) Carta Organisasi (Kedudukan Jawatan)

5) Peruntukan (sama ada mencukupi untuk membiayai jawatan tersebut)
16,640 points
...